Najib jumpa pemimpin masyarakat Tionghua di Pulau Pinang

Bernama
Februari 10, 2013 19:33 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memulakan program lawatan dua hari ke Pulau Pinang hari ini dengan menghadiri majlis minum petang bersama pemimpin komuniti kaum Cina.
Ketibaan Najib di hotel tempat majlis berlangsung pada 5.15 petang disambutsorakan sekumpulan remaja yang melaungkan 'Hidup Perdana Menteri', '1Malaysia' dan 'Barisan Nasional' (BN).
Najib yang diiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Pengerusi BN negeri Teng Chang Yeow dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Zainal Abidin Osman berjumpa dengan pemimpin masyarakat Tionghua kira-kira sejam.
Malam ini, perdana menteri dijadual menghadiri majlis makan malam Tahun Baharu Cina bersama media di G Hotel, Persiaran Gurney, disusuli majlis sambutan Maulidur Rasul di Masjid Kapitan Keling.
Beliau akan turut menikmati nasi kandar popular Pulau Pinang di kedai Nasi Kandar Beratur, yang terletak bersebelahan masjid berkenaan.
#Datuk Seri Najib Razak #Tionghua
;