Menteri Kewangan Lim Guan Eng mahu bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjawab beberapa persoalan mengenai dakwaan kehilangan wang Tabung Bayaran Balik GST berjumlah RM19.25 bilion.
Dalam satu kenyataan kepada media hari ini, Guan Eng berkata polis akan mengambil keterangannya dan tiada alasan untuk Najib mengelak daripada menjawab tentang kehilangan wang berkenaan.
“Pihak polis akan mengambil keterangan saya minggu hadapan berkaitan dengan skandal ini dan Najib tidak akan ada lagi alasan untuk mengelak daripada menjawab tiga soalan penting tentang kehilangan RM19.25 bilion dalam Tabung Bayaran Balik GST yang menjejaskan 121,429 syarikat dan individu.
“Pertama, adakah Najib meluluskan keputusan agar pembayaran balik GST tidak dibuat dalam masa dua minggu seperti yang ditetapkan di bawah undang-undang?
"Kedua, adakah Najib meluluskan keputusan yang dibuat oleh Tan Sri Mohd Irwan Serigar untuk tidak memindahkan keseluruhan jumlah RM82.9 bilion seperti yang diminta oleh Jabatan Kastam, tetapi hanya memindahkan RM63.5 bilion sejak tahun 2015; yakni kekurangan pemindahan dana sebanyak RM19.25 bilion kepada Tabung Bayaran Balik GST?
“Ketiga, adakah Najib memberikan kelulusan agar jumlah pembayaran balik GST yang tidak dikembalikan sejak tahun 2015 dianggap sebagai hasil pendapatan kerajaan untuk digunakan secara sesuka hati?” soalnya dalam kenyataan itu.
Jelas Guan Eng, pembayaran balik tidak dapat dilakukan kerana cuma ada RM148.6 juta dalam Tabung Bayaran Balik GST iaitu kekurangan RM19.25 bilion daripada jumlah sebenar RM19.4 bilion.
Tambah Guan Eng, sejumlah besar syarikat dan individu yang terjejas sekarang bertanya-tanya mengapa RM19.4 bilion tersebut tidak dibayar balik dalam masa dua minggu seperti yang termaktub di dalam undang-undang, sama ada sejak tahun 2015, 2016, 2017 atau 2018.
Astro Awani
Sat Aug 18 2018
![Najib, jawab tiga soalan ini - Guan Eng Najib, jawab tiga soalan ini - Guan Eng](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/51534567466_LimGuanEng.jpg)
Guan Eng berkata polis akan mengambil keterangannya minggu hadapan dan tiada alasan untuk Najib mengelak dari menjawab soalan-soalan penting tentang kehilangan wang berkenaan.
Polis rakam 26 saksi bantu siasatan
Polis sudah merakam percakapan 26 saksi bagi membantu siasatan kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah dan ia sudah mencukupi.
Empat lagi suspek disiasat berhubung komen jelik, provokatif
Seramai empat lagi suspek telah disiasat berhubung komen jelik dan provokatif menerusi siaran ulangan sesi Parlimen, yang dimuat naik di platform TikTok dan Facebook pada 9 Julai 2024.
MCMC berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan individu yang telah disiasat seramai enam orang. Tindakan ini adalah untuk membendung gejala buli siber yang berleluasa dalam kalangan masyarakat.
MCMC berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan individu yang telah disiasat seramai enam orang. Tindakan ini adalah untuk membendung gejala buli siber yang berleluasa dalam kalangan masyarakat.
Petrol, diesel kekal sehingga 24 Julai
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal masing-masing pada paras RM3.47, RM2.05 DAN RM3.35 seliter sehingga 24 Julai.
Agong berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-266 di Istana Negara.
Kerajaan tetap teruskan 'river of life'
Kerajaan tetap meneruskan Projek Sungai Nadi Kehidupan atau 'River Of Life' yang kini hanya berbaki 19 peratus untuk disiapkan.
Kim Pan-gon perlu bayar pampasan RM3.16j kepada FAM
Kim Pan-Gon perlu bayar pampasan sebanyak RM3.16 juta kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) susulan tindakannya mengambil keputusan meletak jawatan meskipun berbaki satu tahun lagi dalam kontraknya.
Polis teruskan operasi di lokasi kedua
Polis meneruskan operasi pencarian bahan bukti kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah di sebuah lagi kawasan di Perak.
[TERKINI] SPRM tumpas sindiket `pasport terbang' di Sabah
SPRM menumpaskan sindiket 'pasport terbang' susulan penahanan tiga anggota penguatkuasa menerusi Op Fly di Kota Kinabalu.
Calon UMNO DUN Nenggiri diumum tempoh terdekat
Calon UMNO yang akan bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri adalah seorang anak tempatan dan mempunyai jawatan dalam parti.
AWANI Ringkas: Menambah baik sistem pakar perubatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Kutipan hasil cukai berkurangan selepas SST dilaksanakan semula ganti GST - MoF Kutipan hasil cukai berkurangan selepas SST dilaksanakan semula ganti GST - MoF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71697186819_SST.jpg)
Kutipan hasil cukai berkurangan selepas SST dilaksanakan semula ganti GST - MoF
Kutipan hasil cukai berasaskan penggunaan telah berkurangan selepas SST dilaksanakan semula bagi menggantikan GST.
![Sistem cukai SST beri kesan fiskal lebih cepat berbanding GST - Hui Ying Sistem cukai SST beri kesan fiskal lebih cepat berbanding GST - Hui Ying](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712044492_TBlimhuiyingjp.jpg)
Sistem cukai SST beri kesan fiskal lebih cepat berbanding GST - Hui Ying
Sistem cukai kepenggunaan semasa iaitu Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) mampu memberi kesan fiskal yang lebih cepat kepada negara berbanding pelaksanaan cukai nilai tambah seperti GST.
![GST lebih baik, kurang bebankan rakyat - Ka Siong GST lebih baik, kurang bebankan rakyat - Ka Siong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709981452_GSTlebihbaik.jpg)
GST lebih baik, kurang bebankan rakyat - Ka Siong
Pelaksanaan GST didapati lebih baik dan kurang membebankan rakyat berbanding Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), kata Ka Siong.
![Belum ada cadangan laksana GST semula - Amir Hamzah Belum ada cadangan laksana GST semula - Amir Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81709195022_TBDATUKSERIAMIR.jpg)
Belum ada cadangan laksana GST semula - Amir Hamzah
Kerajaan ambil kira kesan terhadap rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah menghadapi cabaran kos sara hidup ketika ini.
![Kerajaan akan utamakan tambah baik sistem cukai semasa - Amir Hamzah Kerajaan akan utamakan tambah baik sistem cukai semasa - Amir Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61709546634_TBamirhamzahjpg.jpg)
Kerajaan akan utamakan tambah baik sistem cukai semasa - Amir Hamzah
Kerajaan akan mengutamakan untuk menambah baik sistem cukai semasa sebelum menilai keperluan untuk memperkenalkan cukai baharu seperti GST.
![Kutipan cukai Malaysia paling rendah di rantau ini Kutipan cukai Malaysia paling rendah di rantau ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/61592814817_BandarayaGeorgeTow.jpg)
Kutipan cukai Malaysia paling rendah di rantau ini
Malaysia tertinggal di belakang Singapura serta Thailand kerana kedua-duanya menggunakan sistem GST termasuk VAT.
![Tiada rancangan laksana GST, kerajaan fokus subsidi bersasar - Ahmad Maslan Tiada rancangan laksana GST, kerajaan fokus subsidi bersasar - Ahmad Maslan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41701153600_AhmadMaslan.jpg)
Tiada rancangan laksana GST, kerajaan fokus subsidi bersasar - Ahmad Maslan
Kerajaan tidak merancang untuk melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada tahun ini dan tahun depan memandangkan ingin menumpukan kepada subsidi bersasar terlebih dahulu.
![Kembalikan GST, naikkan cukai SST langkah kurang tepat - Ismail Sabri Kembalikan GST, naikkan cukai SST langkah kurang tepat - Ismail Sabri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61698130787_IsmailSabriYaakob.jpg)
Kembalikan GST, naikkan cukai SST langkah kurang tepat - Ismail Sabri
Cadangan kerajaan untuk menaikkan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dari enam kepada lapan peratus disifatkan sebagai langkah kurang tepat.
![Tadbir urus baik paling utama dalam tangani penyelewengan, kebocoran - PM Anwar Tadbir urus baik paling utama dalam tangani penyelewengan, kebocoran - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81697610874_AnwarIbrahim.jpg)
Tadbir urus baik paling utama dalam tangani penyelewengan, kebocoran - PM Anwar
Pencukaian bukanlah perkara yang paling utama untuk menangani penyelewengan dan kebocoran dana Kerajaan.
![Kembalikan GST untuk elak pembaziran - Wee Ka Siong Kembalikan GST untuk elak pembaziran - Wee Ka Siong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51667887161_MELAKA.jpg)
Kembalikan GST untuk elak pembaziran - Wee Ka Siong
Bagaimanapun, Wee berkata sistem e-invois adalah satu komponen dalam cukai GST yang diguna pakai sebelum ini.