Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menghargai persahabatan dan semangat setiakawan rakan seperjuangan UMNO yang jujur dan ikhlas sehingga parti keramat itu kekal teguh.
Berucap pada majlis berbuka puasa bersama kira-kira 2,500 sahabat dan setiakawan di Seri Perdana di sini hari ini, Presiden UMNO itu berkata beliau terharu rakan seperjuangan yang tidak mengira masa senang atau susah yang kekal bersamanya dan tidak mengkhianati parti itu.
"Tiada apa yang lebih bernilai daripada persahabatan yang jujur dan ikhlas antara kita yang sudah mengenali isi hati dan sanubari rakan-rakan berikutan apa yang kita lalui (sebelum ini).
"Dalam sesuatu perjuangan, yang memberi kita kepuasan dan keseronokan ialah apabila kita mempunyai lebih ramai kawan dan sahabat yang sentiasa berada di sisi kita.
"Kalau senang dan ada kuasa, kawan ramai, orang ramai sekeliling kita...kita tidak jemput pun mereka hadir tetapi apabila pada waktu susah, orang bersama kita...itu tanda kejujuran dan keikhlasan perjuangan," katanya.
Hadir sama ialah isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor.
Pada majlis itu, Najib dan Rosmah turut menyampaikan sumbangan zakat kepada kira-kira 160 anak-anak yatim dari tiga buah rumah anak yatim - Rumah Ilham, Rumah Kebajikan Anak Yatim Alkhairiyah dan Maahad Tahfiz Ittifaqiyah.
Najib berkata beliau dan rakan seperjuangannya sentiasa mengenang budi dan nilai perjuangan parti UMNO.
"Kita akan teruskan perjuangan parti. Parti kita akan terus kuat...kita terhutang pada UMNO. Apa yang kita dapat hari ini kerana perjuangan parti UMNO. Rezeki kita hari ini kerana parti UMNO. Apa sahaja kita dapat hari ini adalah kerana perjuangan UMNO. Jangan lupa jasa UMNO.
"Kita tidak kuat, saya pun tidak kuat tetapi UMNO yang kuat. Kita kuat kerana UMNO di belakang kita. Parti keramat itu menyebabkan kita kuat, sebab itu Putrajaya milik kita.
"Kita mesti berjuang untuk UMNO dalam apa jua keadaan. Kita tak janjikan pangkat dan kontrak atau apa-apa. Kita cuba janjikan perjuangan.
"Kalau ada rezeki, Allah akan tentukan rezeki sebanyak mana kepada kita. Kalau kita berjuang kerana Allah kerana ikhlas, ada bahagian untuk kita nanti," katanya.
Pada majlis itu, Najib dan Rosmah turut memotong pulut kuning sebagai tanda penghargaan persahabatan dan setiakawan.
Najib dan tetamu turut menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 05 2017
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak beramah mesra dengan hadirin semasa meraikan sahabat dan setiakawan dalam Majlis Berbuka Puasa di kediaman rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana, Putrajaya hari ini. --fotoBERNAMA
Kontrak niaga hadapan MSM dijangka meningkat minggu ini
Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam kecenderungan meningkat minggu ini, didorong oleh aktiviti pembelian semasa harga murah selepas penjualan menurun baru-baru ini. Peniaga minyak sawit David Ng menjangkakan harga akan meningkat antara RM4,600 dan RM4,900 setiap tan minggu ini.
Kripto, Emas, dan Minyak dalam Portfolio Pelaburan
Pergerakan mendatar indeks global disusuli lonjakan kripto dan pemulihan harga emas serta minyak. Jadi bagaimana aset alternatifseperti kripto, emas dan minyak boleh memainkan peranan dalam mengoptimumkan keseimbangan risiko-pulangan portfolio?
Bursa Malaysia Dijangka Stabil dalam Julat 1,600-1,610 Minggu Ini
Bursa Malaysia dijangka menyaksikan dagangan dalam julat kecil antara 1,600 hingga 1,610 minggu ini, mencerminkan latar belakang ekonomi Malaysia yang kukuh. Ketua Penyelidik Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan, menyatakan asas-asas ekonomi Malaysia kekal memberangsangkan, walaupun momentum pasaran masih bergantung kepada faktor luaran.
Urus niaga ringgit dijangka stabil minggu ini
Urus niaga ringgit dijangka bergerak dalam julat kecil antara RM4.46 dan RM4.48 minggu ini. Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, menyatakan peniaga akan memantau data perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE) Amerika Syarikat yang akan dikeluarkan minggu ini, yang merupakan tolok inflasi pilihan Rizab Persekutuan (Fed) Amerika untuk Oktober.
Inflasi Oktober: Cabaran Kos Sara Hidup dan Penyelesaian Masa Depan
Perbincangan pelbagai isu ekonomi termasuk kenaikan harga makanan, kos pengangkutan, dan impak terhadap sektor F&B, serta langkah kerajaan dan sektor swasta untuk mengurangkan beban inflasi. Kupasan bersama Ketua Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.
Allahyarham Tan Sri Ahmad Nawab ni tak tahu letih, tak tahu penat - Datuk Wah Idris
Datuk Wah Idris memberitahu perjuangan Allahyarham Tan Sri Ahmad Nawab dalam dunia muzik memang tidak boleh dinafikan dan semangat jitu sentiasa berada dalam hati beliau. Saya pun terikut-ikut dari segi konsep beliau dalam berkarya dan saya rasa amat terharu dengan pemergian beliau.
#AWANInews
#AWANInews
"Saya selalu dengar lagu-lagu dan tiupan saksofon beliau" - Datuk Wah Idris
Komposer Datuk Wah Idris memberitahu Allahyarham adalah seorang hebat dalam mencipta, menggubah lagu karya beliau. Setiap kali adanya idea, beliau terus buat yang terbaik. Masa mudanya sering mendengar lagu-lagu juga tiupan saksofon dari seorang legen dan seorang tokoh iaitu Allahyarham Tan Sri Ahmad Nawab.
#AWANInews
#AWANInews
EPL: 'Kami tidak pernah hidup seperti ini'
Catatan lima kekalahan berturut-turut dalam semua pertandingan merupakan rekod paling teruk dalam karier pengendali dari Sepanyol itu.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Isnin berikutan penurunan Indeks Dolar AS (DXY).
Mengenang Legasi Seniman Negara Tan Sri Ahmad Nawab
Tan Sri Ahmad Nawab dan Dato' Wah Idris merupakan figura penting dalam industri muzik Malaysia yang memberi sumbangan besar kepada perkembangan seni muzik tempatan. Ahmad Nawab, yang terkenal sebagai seorang penggubah lagu, telah berkolaborasi dengan ramai artis ternama seperti P. Ramlee dan Sudirman, dengan pengaruh besar dalam muzik pop dan jazz Malaysia.
Sementara itu, Dato' Wah Idris dikenali sebagai penyanyi, penggubah lagu, dan pemuzik, serta pernah menjadi ketua juri bagi rancangan realiti *Mentor*. Walaupun tidak terdapat maklumat khusus mengenai kerjasama langsung antara Ahmad Nawab dan Dato' Wah Idris, kedua-dua mereka memainkan peranan penting dalam membentuk budaya muzik Malaysia dan kemungkinan besar telah bertemu atau berinteraksi dalam industri yang sama, menyumbang kepada kemajuan muzik tempatan.
Sementara itu, Dato' Wah Idris dikenali sebagai penyanyi, penggubah lagu, dan pemuzik, serta pernah menjadi ketua juri bagi rancangan realiti *Mentor*. Walaupun tidak terdapat maklumat khusus mengenai kerjasama langsung antara Ahmad Nawab dan Dato' Wah Idris, kedua-dua mereka memainkan peranan penting dalam membentuk budaya muzik Malaysia dan kemungkinan besar telah bertemu atau berinteraksi dalam industri yang sama, menyumbang kepada kemajuan muzik tempatan.
Hakim tarik diri dengar kes saman AS$346 juta 1MDB terhadap Rosmah
Hakim Mahkamah Tinggi Leong Wai Hong menarik diri daripada mendengar kes saman terhadap Datin Seri Rosmah Mansor berhubung pembelian barangan mewah.
Kes Najib saman Tommy tangguh lagi, hakim kedua tarik diri
Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Faizah Jamaludin menarik diri daripada mendengar rayuan Datuk Seri Najib Razak untuk mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap Tan Sri Tommy Thomas.
Badan Peguam gagal cabar pengurangan penjara dan denda Najib
Hakim, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid mendapati permohonan Badan Peguam, tidak boleh diputuskan oleh mahkamah atau melalui prinsip undang-undang.
Isu tahanan di rumah, Titah Adendum hangatkan Dewan Rakyat
Isu berkaitan akta tahanan di rumah dan Titah Adendum yang dibangkitkan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) menghangatkan sesi Dewan Rakyat pada Rabu.
RUU tahanan rumah, KDN beri penjelasan Khamis ini
KDN akan memberi penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu hukuman tahanan di rumah pada Khamis ini di Dewan Rakyat.
KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.
“Sukarnya mencari sahabat sejati” – Najib Razak
Bekas Perdana Menteri yang diperintah bela diri dakwa, ramai yang hanya tunjuk muka sewaktu mencari kesenangan dan ada juga yang bermuka-muka.
Seleweng dana 1MDB: Siasatan tidak berat sebelah, tuduhan terhadap Najib berasas - Hakim
Mahkamah Tinggi memutuskan dakwaan pembelaan bahawa siasatan dalam kes 1MDB dihadapi Najib adalah berat sebelah dan mengelirukan tidak mempunyai merit.
Najib 'sengaja tutup mata' kegagalan selidik sumber dana 1MDB - Hakim
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak "sengaja menutup mata" berhubung kegagalannya untuk menyelidik sumber dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
1MDB: Najib kawal akaun peribadi untuk politik - Hakim
Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu merumuskan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai kawalan dan kuasa penuh ke atas perbelanjaan akaun peribadinya, AmBank untuk kepentingan politiknya.