Najib harap Dr Zakir sampaikan mesej kesederhanaan Malaysia ke seluruh dunia

Bernama
April 16, 2016 17:09 MYT
Ribuan orang menghadiri ceramah Dr Zakir Naik melalui skrin gergasi di Padang Astaka Kemaman pada malam Khamis lalu. - Foto Bernama
Datuk Seri Najib Tun Razak berharap pendakwah terkenal dari India, Dr Zakir Naik, dapat menyampai mesej ke seluruh dunia bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan kesederhanaan.
Dalam catatan terbaru dalam Facebooknya, Perdana Menteri berkata Malaysia juga sentiasa berusaha untuk menggalakkan kesatuan ummah untuk keteguhan bersama.
Najib juga berkata, pagi tadi beliau telah menjemput Dr Zakir untuk bersarapan pagi di kediamannya.
Dr Zakir, 50, berada di negara ini untuk mengadakan siri syarahan agama dan selepas jelajah Terengganu berakhir semalam, beliau akan mengadakan syarahan di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, di sini, malam ini.
#ceramah agama #kesederhanaan malaysia #Najib Razak #Zakir Naik
;