Najib gesa Asia beri kerjasama tangani cabaran masa depan

Bernama
Jun 3, 2013 22:46 MYT
Negara-negara Asia digesa bekerjasama dalam menangani tiga cabaran utama iaitu perubahan iklim, konflik dan pembangunan bagi memastikan pertumbuhan ekonomi yang mapan demi masa depan yang lebih baik untuk rakyat.
Dalam menyentuh perkara ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tiga cabaran tersebut akan menguji keupayaan Asia untuk berdiri bersama-sama sebagai satu unit dengan komitmen untuk bekerjasama, pelaburan masa, sumber dan iltizam politik.
"Saya percaya kita akan melakukannya. Saya percaya dalam potensi Asia. Saya percaya dalam keupayaan Asia untuk menggunakan komunikasi di tempat konflik, mewujudkan peluang untuk semua dan bukannya kekayaan untuk sebilangan sahaja.
"Saya percaya kita boleh membuat seruan tegas yang diperlukan untuk mengekalkan keamanan dan kemakmuran pada zaman penguasaan," katanya dalam ucaptama pada jamuan meraikan perwakilan dan pelancaran rasmi Persidangan Meja Bulat Asia Pasifik ke-27 di sini malam ini.
Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata pembangunan Asia perlu inklusif, sambil memantau ketidaksamaan dan jurang yang semakin meningkat.
"Ia mesti mampan...bagi negara kuasa ekonomi baharu ia tidak boleh mengulangi kesilapan lampau. Keretakan hati politik dalaman Asia perlu sembuh, kurang serpihan di bawah bebanan perhatian dunia," katanya.
Ekoran komitmen tinggi negara-negara untuk bekerjasama, Perdana Menteri percaya negara-negara Asia akan berjaya dengan memperkukuhkan jalinan bukan hanya sesama sendiri tetapi juga dengan dunia yang lebih luas.
"Bagi negara saya, pengalaman telah mengesahkan jambatan antara budaya dan wilayah adalah kepercayaan kami dalam kerjasama merentasi sempadan," katanya.
Menyentuh tiga cabaran itu, Najib berkata cabaran paling besar untuk Asia hari ini adalah perubahan iklim ekoran taburan hujan tidak menentukan dan peningkatan paras lautan.
"Kesan kedua hasil perubahan iklim turut sama membimbangkan. Penekanan baru diletakkan ke atas sistem air, makanan dan jaminan. Dari segi strategik, ialah adalah ancaman pengganda, membesarkan risiko yang sedia ada, meningkatkan ketidakstabilan dan membuat konflik mudah tercetus.
#Najib Tun Razak
;