Najib garis 4 langkah untuk kembalikan kekuatan MCA

Tan Su Lin
Disember 21, 2013 14:24 MYT
Najib berucap merasmikan Perhimpunan Agung MCA ke-60 - Foto BERNAMA
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengariskan 4 langkah yang mesti diambil MCA untuk mengembalikan kekuatan parti susulan prestasi buruk parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-13.
Antaranya anggota parti perlu kembali bersatu padu dan muncul sebagai parti yang kohesif selepas pemilihan parti.
Ini kerana perbalahan yang berterusan khususnya di peringkat kepimpinan akan terus memecah belahkan parti sekaligus menjejaskan peluang kemenangan pada PRU akan datang.
"Setiap kali ada pertandingan di atas kita berpecah bila ada pertandingan lagi berpecah lagi jadi MCA sebagai sebuah parti akan jadi kian lebih kecil pengaruhnya sebab sudah berpecah dan terus berpecah oleh itu anggaplah ini sebagai mungkin the last call for MCA . Mungkin ini isyarat daripada masyarakat cina. It's last call for MCA. It's no longer wake up call if you are not woken up by now it's too late." kata Najib yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN).
Selain itu, Najib turut menyeru parti melihat semula kelemahan dan kekuatan parti serta melaksanakan strategi berkesan untuk membina semula imej parti susulan kekalahan teruk pada PRU lalu.
"Strateginya mestilah terus yakini ahli-ahli mca bahawa langkah ke hadapan kita mesti terus yakin bahawa formula perkongsian kuasa dalam BN. Inilah formula terbaik untuk negara." kata Najib
Dalam pada itu, Najib turut mencadangkan MCA agar memberi semula nafas baru kepada parti selain mengukuhkan kedudukannya sebagai pilihan pengundi Cina di negara ini.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan perhimpunan agung MCA ke-60 di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur.
Perhimpunan agung itu juga disifatkan Najib sebagai penentu kepada jatuh bangun parti itu selepas ini.
#MCA #Najib Tun Razak #Perhimpunan Agung MCA
;