Najib ditahan SPRM

Astro Awani
Disember 10, 2018 04:15 MYT
Najib ditahan berkaitan kes pinda laporan audit 1MDB. -Gambar fail
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ditahan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jam 10.51 pagi Isnin.
Sumber SPRM memaklumkan Astro AWANI, Najib ditahan berkaitan kes pinda laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Pada awalnya, Najib hadir ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya bagi memberi keterangan berkaitan isu berkenaan.
BERITA LANJUT MENYUSUL
#1MDB #audit #Malaysia #Najib Razak #pinda laporan audit #Putrajaya #SPRM