Najib dipanggil rakam kenyataan, akan didakwa esok - SPRM

Kenyataan Media
Ogos 7, 2018 18:18 MYT
Najib juga akan dituduh pada 8 Ogos 2018 di Mahkamah Kuala Lumpur bawah AMLATFPUAA. -Gambar fail
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah memanggil bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak bagi membantu siasatan SRC International Sdn Bhd (SRC International) di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia, petang ini.
Beliau hadir kira-kira pukul 5 petang dan dirakam percakapan selama 45 minit.
Sementara itu, Mohd Najib juga akan dituduh pada 8 Ogos 2018 di Mahkamah Kuala Lumpur bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.
Pertuduhan adalah berkaitan kes SRC International.
Pertuduhan tersebut dibuat selepas mendapat keizinan daripada Peguam Negara.
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA
7 OGOS 2018
BACA: Najib Razak dijangka hadir beri keterangan siasatan kes SRC petang ini
BACA: Najib Razak awal 3 minit, sekali lagi berdepan penyiasat SPRM
#Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram #AMLATFPUAA #mahkamah #Najib Razak #Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Hara #Rasuah #SPRM #SRC International
;