Najib dan Rosmah tiba di Bukit Aman untuk diambil keterangan
Hilmi Malik
Februari 21, 2020 11:39 MYT
Februari 21, 2020 11:39 MYT
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tiba di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor pagi ini.
Kedua-dua mereka tiba sekitar jam 10 pagi menerusi Pintu B Bukit Aman bagi memberi keterangan berhubung rakaman audio yang didedahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) awal Januari lalu.
Keterangan mereka akan dirakam Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang (D5) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
Difahamkan, Najib dan Rosmah pada sebelah petang akan diambil keterangan oleh pihak SPRM di Akademi Pencegahan Rasuah selepas solat Jumaat.
Minggu lalu, polis telah mengambil keterangan seramai 12 saksi bagi membantu siasatan dalam kes pendedahan sembilan rakaman audio berkaitan konspirasi jenayah peringkat tertinggi.
Individu yang telah dirakam percakapan termasuk Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, Tan Sri Shukry Mohd Salleh dan Datuk Amhari Efendi Nazaruddin.
#diambil keterangan
#jenayah peringkat tertinggi
#konspirasi
#Najib Razak
#polis
#rakaman audio
#Rasuah
#Rosmah Mansor
#siasatan
#Siasatan Jenayah Terkelas
#SPRM
#undang-undang