Najib dan Nazir jadi tumpuan di majlis rumah terbuka Aidilfitri Tun Abdullah

Anthea Yap
Julai 26, 2015 12:51 MYT
Perdana Menteri Najib Tun Razak bersama-sama Tun Abdullah Ahmad Badawi pada Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Bekas Perdana Menteri itu di Puspanitapuri hari ini. - Foto Bernama
Datuk Seri Nazir Razak menjadi tumpuan di rumah terbuka bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini.
Rumah terbuka di Dewan Seri Endon, Putrajaya ini turut dihadiri perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ia menarik perhatian media apabila Nazir ke meja utama untuk bertemu Tun Abdullah dan Najib.
Malah Nazir dan abangnya kelihatan berbual dan berbincang secara peribadi.
Rumah terbuka ini turut dihadiri lebih lima ribu tetamu.
BACA: Kenyataan Nazir Razak sebagai sokongan terhadap kebebasan bersuara
#Najib Razak #Nazir Razak #the edge #The Edge Financial Daily #The Edge Weekly