Najib cadang sesi persekolahan ditangguhkan
Umavathi Ramayah
Januari 9, 2021 16:38 MYT
Januari 9, 2021 16:38 MYT
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesyorkan agar pemulaan sesi persekolahan 2021 ditangguhkan selepas cuti Tahun Baharu Cina.
Beliau berkata, penangguhan itu perlu diambil kira memandangkan situasi negara yang berdepan dengan keadaan banjir selain kes penularan COVID-19 yang semakin tinggi.
Selain itu, katanya timbul juga ura-ura mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa negeri zon merah.
"Pandangan saya ialah permulaan penggal sekolah 2021 patut ditangguhkan ke selepas cuti Tahun Baru Cina memandangkan keadaan banjir belum reda, situasi COVID semakin teruk dan ada ura-ura nak melaksanakan semula PKP ketat di beberapa negeri zon merah.
Sebelum ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan semua institusi pendidikan di bawah seliaan mereka akan dibuka di seluruh negara mengikut takwim 2021, termasuk di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Menteri Pendidkan, Dr Radzi Jidin berkata, pengoperasian kesemua institusi pendidikan adalah tertakluk kepada pematuhan Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu.
#sesi persekolahan
#COVID-19
#Kementerian Pendidikan
#Kementerian Kesihatan
#Najib Razak
#tangguh sekolah
#PKP
#perintah kawalan pergerakan
#zon merah