Najib buat lawatan ke Asrama Darul Falah PERKIM, ASDAF

Astro Awani
Mac 10, 2016 22:08 MYT
Pada lawatan itu, Najib mengumumkan akan memberikan bantuan kepada asrama berkenaan bagi memastikan penghuninya tinggal dalam suasana yang kondusif. - Foto Blog Najib Razak
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengadakan lawatan ke Asrama Darul Falah PERKIM (ASDAF) di Bukit Persekutuan di sini.
Dalam catatan beliau di blog NajibRazak.com, Najib berkata usaha PERKIM melalui ASDAF ini bertujuan menyediakan pendidikan akademik rasmi kepada suku kaum Orang Asli dan menjaga kebajikan mereka secara berterusan.
Katanya, kerajaan tidak akan membiarkan mana-mana golongan masyarakat terpinggir dalam agenda pembangunan negara.
Pada lawatan itu, Najib turut mengumumkan akan memberikan bantuan kepada asrama berkenaan bagi memastikan penghuninya tinggal dalam suasana yang kondusif.
Asrama itu kini tidak mempunyai bekalan air yang mencukupi selain banyak katil dan perabot juga sudah rosak.
Perdana Menteri juga memaklumkan sudah meminta kerjasama sukarelawan 1M4U untuk membaik pulih dan membersihkan kawasan asrama serta menyumbangkan perabot-perabot baru.
1M4U juga diminta menyediakan satu tangki air yang baru kepada asrama berkenaan.
Selain itu 1M4U juga akan mengadakan kelas tambahan untuk pelajar PT3 dan SPM, terutamanya untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris.
ASDAF kini menempatkan 42 kanak-kanak orang asli dari kawasan pendalaman Perak dan Pahang.
Kesemua mereka bagaimanpun bersekolah di Kuala Lumpur.
#1M4U #ASDAF #Asrama Darul Falah PERKIM #Najib Razak
;