Najib bantah Richard Malanjum, tiga hakim dengar kes
Sinar Harian
Ogos 6, 2018 13:10 MYT
Ogos 6, 2018 13:10 MYT
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membantah komposisi empat daripada tujuh hakim yang mendengar semakan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Khairuddin Abu Hassan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan mengenai keputusan kes saman pejabat awam.
Empat hakim yang dibantah adalah Ketua Hakim Negara Tan Sri Richard Malanjum, Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Ahmad Maarop, Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zaharah Ibrahim, Hakim Besar Sabah Sarawak, Datuk Tan Sri David Wong Dak Wah.
Peguam Najib, Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata, keempat-empat hakim berkenaan dilantik oleh Yang Dipertuan Agong atas nasihat Mahathir, selaku pemohon dalam kes tersebut.
"Hakim perlu menarik diri bagi mengelakkan timbulnya isu berat sebelah dan wujudnya sebarang persepsi terhadap kes ini," katanya.
Selain itu, Hafarizam turut membangkitkan isu misfeasans bagi mendefinasikan penjawat awam yang difailkan Ahli Parlimen Damansara Tony Pua terhadap Najib.
"Pemohon kebenaran itu akan didengar pada 5 November depan," katanya.
#David Wong Dak Wah
#Hafarizam Harun
#Khairuddin Abu Hassan
#Najib Razak
#penjawat awam
#Richard Malanjum
#Tony Pua