Najib bangga dengan skuad Harimau Malaya

Bernama
Disember 20, 2014 23:49 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa bangga beliau dengan persembahan hebat yang dipamer skuad Harimau Malaya pada perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2014. - Foto Bernama
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa bangga beliau dengan persembahan hebat yang dipamer skuad Harimau Malaya pada perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, malam ini.
"Walaupun kalah saya bangga dengan persembahan Harimau Malaya. "Insya-Allah akan lebih cemerlang di masa akan datang," kata Najib dalam catatan terbaharu beliau di Facebook dan Twitter.

Walaupun kalah saya bangga dgn persembahan #HarimauMalaya. Insya-Allah akan lebih cemerlang di masa akan datang. #AFFSuzukiCup

— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) December 20, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Malaysia terlepas peluang untuk menjulang Piala AFF Suzuki selepas kalah kepada Thailand dengan agregrat 3-4 setelah final kedua kejohanan di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Walaupun kalah 2-3 kepada Malaysia pada aksi timbal balik malam ini, skuad kendalian Kiatisuk Senamuang muncul juara susulan kemenangan 2-0 yang diraih pada final pertama di Stadium Nasional Rajamangala, Bangkok, Rabu lepas.
[PHOTO GALLERY]: PERLAWANAN AKHIR PUSINGAN KEDUA PIALA AFF SUZUKI 2014
Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam Twitter beliau turut menyatakan bangga dengan aksi skuad bimbingan Dollah Salleh itu.
#Gajah Perang #harimau Malaya #Malaysia #Piala Thailand AFF Suzuki 2014 #Thailand
;