Najib arah penerbangan ihsan bawa pulang mangsa nahas bas Chiang Mai

Nizam Bakeri
Disember 21, 2015 22:39 MYT
Perdana Menteri mengarahkan pesawat C130 dihantar ke Thailand bagi membawa pulang jenazah 13 rakyat Malaysia dalam nahas bas Chiang Mai.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengarahkan pesawat tentera C130 dihantar ke Thailand bagi membawa pulang jasad 13 rakyat Malaysia yang terkorban dalam kemalangan bas di utara Thailand pada Ahad.
BACA: Nahas Thailand: Jasad warga Malaysia dibawa dengan pesawat C130 - Hishammuddin
BACA: 13 mayat nahas bas ditempatkan di Maharaj Nakorn Chiang Mai Hospital
BACA: 15 waris mangsa kemalangan bas Thailand dibawa ke Chiang Mai
Menerusi laman Facebooknya, Najib turut memberitahu bahawa para pegawai dari Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok telah berada di daerah tempat kejadian bagi menghulurkan sebarang bantuan yang diperlukan.

Saya telah mengarahkan pesawat C130 kita dihantar ke Thailand bagi membawa pulang jenazah rakyat Malaysia yang terkorban...

Posted by Najib Razak on
Perkara yang sama turut disahkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melalui akaun Twitternya, @Zahid_Hamidi.

PM telah mengarahkan penerbangan ehsan utk bawa 13 jenazah dari Chiengmai. Urusan sedang dilakukan dgn W'Putra, Mindef dan Duta di Bangkok.

— Ahmad Zahid Hamidi (@Zahid_Hamidi) December 21, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Seramai 13 daripada 22 rakyat Malaysia disahkan terkorban dalam nahas bas pada pukul 11.30 pagi waktu tempatan, semalam.
Menurut laporan berita antarabangsa, bas itu terbabas selepas berlanggar dengan sebuah kenderaan pikap, ketika dalam perjalanan dari wilayah Chiang Rai ke wilayah Chiang Mai.
#kemalangan bas Chiang Mai #Najib Razak #penerbangan ehsan #Zahid Hamidi
;