Najib antara PM paling banyak dengar pandangan rakyat Sabah - Rahman Dahalan

Bernama
Mac 21, 2015 07:59 MYT
Abdul Rahman menyifatkan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sebagai antara perdana menteri paling banyak mendengar pandangan rakyat negeri ini. -Gambar fail
Setiausaha Barisan Nasional Sabah Datuk Abdul Rahman Dahlan menyifatkan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sebagai antara perdana menteri paling banyak mendengar pandangan rakyat di negeri ini.
Beliau berkata Najib tidak pernah angkuh dengan kedudukannya, sebaliknya sedia mendengar untuk menjawab serta cuba memahami suara rungutan rakyat.

Antara semua Perdana Menteri Malaysia, DS Najiblah yang paling banyak mendengar pandangan dari pemimpin Sabah / Sarawak.

— Abdul Rahman Dahlan (@mpkotabelud) March 21, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Perdana menteri tidak menunjukkan reaksi kemarahan atau menengking apabila mendengar rungutan rakyat menerusi pemimpin di Sabah, malahan beliau mendengarnya dengan tenang dan sabar," kata Abdul Rahman menerusi akaun Twitter beliau semalam.

PM tidak pernah angkuh dgn kedudukan beliau. Tidak pernah tunjuk marah atau menengking. Suara pemimpin Sabah di dengar dgn sabar & adil.

— Abdul Rahman Dahlan (@mpkotabelud) March 21, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Abdul Rahman yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata Najib perlu terus disokong rakyat Sabah kerana beliau merupakan pemimpin yang sederhana namun amat berwawasan.
#Abdul Rahman Dahlan #BN #najib #Sabah #Twitter
;