Najib adakan pertemuan tertutup dengan UMNO Johor
Bernama
Mei 15, 2015 07:39 MYT
Mei 15, 2015 07:39 MYT
Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan perjumpaan tertutup dengan anggota Badan Perhubungan UMNO Johor, di sini, malam tadi.
Perdana Menteri tiba di Hotel Puteri Pacific pada 8.40 malam.
Turut hadir Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan dua anggota Majlis Tertinggi iaitu Datuk Aziz Kaprawi dan Datuk Razali Ibrahim.
Terlebih dahulu, Menteri Besar Johor yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, tiba di sini bersama beberapa exco kerajaan negeri.
Perjumpaan lebih dua jam itu, turut melibatkan ketua-ketua bahagian UMNO Johor dan dihadiri kira-kira 50 anggota UMNO.