Naikkan gaji pekerja, selesaikan masalah kos sara hidup dan rasuah

Dr Muzaffar Syah Mallow
Januari 19, 2018 20:33 MYT
Majikan, baik di sektor awam mahupun swasta, digesa menaikkan gaji pekerja bagi membantu rakyat menangani masalah kos sara hidup yang tinggi. - Gambar hiasan
SUDAH sampai masanya pihak majikan, baik sektor awam mahupun swasta, untuk mempertimbangkan kenaikan kadar gaji pekerja.
Dengan suasana ekonomi semasa dalam dan luar negara yang kurang menentu, serta masalah kenaikan kos sara hidup, sudah pasti ia sedikit sebanyak memberi tekanan kewangan kepada semua pihak.
Umum juga mengetahui, pihak kerajaan juga sedang giat menjalankan kempen bagi membanteras rasuah.
Begitupun, usaha membanteras rasuah juga boleh dibuat dengan mengenalpasti punca utama seseorang itu terlibat dengannya, seperti gaji yang tidak mencukupi, yang diburukkan dengan faktor keadaan ekonomi atau kos sara hidup yang meningkat.
BACA: Gaji naik, tapi cukup ke?
Mereka juga terdedah dengan pinjaman ah long bagi memenuhi pendapatan mereka dalam menghadapi suasana keadaan ekonomi semasa yang kian mencabar.
Oleh itu, sudah sampai masanya pihak-pihak yang berkaitan untuk duduk berbincang bagi mempertimbangkan cadangan untuk menaikkan gaji pekerja dalam negara selari dengan kenaikan kos sara hidup yang dihadapi pada masa kini.

Muzaffar Syah Mallow merupakan Pensyarah Kanan, Fakuti Syariah & Undang - Undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.

#barang mahal #barang naik #ekonomi #Harga naik #kerajaan #kos sara hidup #Rasuah
;