Naib Presiden UMNO pertama jadi PM, ini 5 perkara menarik mengenai Ismail Sabri
Astro Awani
Ogos 20, 2021 23:40 MYT
Ogos 20, 2021 23:40 MYT
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan.
Pelantikan Naib Presiden UMNO yang juga Ahli Parlimen Bera itu untuk menerajui pentadbiran negara, sekali gus menamatkan teka-teki banyak pihak sebelum ini.
Pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kanan Pertahanan, ini lima perkara menarik mengenai Ismail Sabri:
1. Ketua Pembangkang pertama jadi Perdana Menteri
- Ismail Sabri dipilih sebagai Ketua Pembangkang pada 2018 hingga Februari 2020.
- Belum ada mana-mana Ketua Pembangkang yang berjaya menjadi Perdana Menteri sebelum ini.
2. Pegang jawatan Timbalan Perdana Menteri kurang dua bulan sebelum dilantik menjadi Perdana Menteri
- Ismail Sabri dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 7 Julai 2021 hingga 16 Ogos 2021 iaitu selama 39 hari sahaja.
3. Anak peneroka Felda pertama jadi Perdana Menteri
- Belum pernah ada anak peneroka Felda dilantik sebagai Perdana Menteri.
4. Jadi Perdana Menteri pada penggal keempat dipilih sebagai Ahli Parlimen
- Ismail Sabri mula menjadi Ahli Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-11 (PRU11), tahun 2004. Selepas PRU14 beliau dilantik sebagai Ketua Pembangkang, Timbalan Perdana Menteri dan seterusnya Perdana Menteri.
5. Naib Presiden UMNO pertama dilantik sebagai Perdana Menteri
- Ismail Sabri dipilih sebagai Perdana Menteri ketika memegang jawatan Naib Presiden UMNO. Amalan biasa hanya Presiden UMNO dilantik sebagai Perdana Menteri sebelum ini.
#ismail sabri yaakob
#Perdana Menteri
#Yang di-Pertuan Agong
#UMNO
#PM
#perkara menarik
#Ketua Pembangkang
#naik presiden UMNO