Nahas Subang: Wanita maut, motosikal terperosok bawah lori pasir

Harits Asyraf Hasnan
Februari 12, 2018 16:42 MYT
Mangsa dilaporkan tersepit di bahagian bawah lori dan pihak bomba terpaksa menggunakan kaedah beg angin untuk mengeluarkan mangsa. - Foto JBPM Selangor
Seorang wanita maut apabila motosikal yang ditunggangnya terperosok di bawah sebuah lori pasir di Persiaran Kewajipan, Subang Jaya pagi tadi.
Mangsa, Asmawati Mat Asri, 27 tahun maut ditempat kejadian selepas disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Menurut maklumat daripada Pusat Gerakan Operasi Bomba Selangor, mangsa dilaporkan tersepit di bahagian sterring rack.
Sejumlah 11 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya bergegas ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan pukul 10.28 pagi.
Bomba terpaksa mengeluarkan mangsa menggunakan kaedah beg angin untuyk mengeluarkan mangsa.
Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
#kemalangan #kemalangan motosikal #lori pasir #maut #meninggal dunia #motosikal terperosok #Subang Jaya #wanita
;