Seorang wanita maut apabila motosikal yang ditunggangnya terperosok di bawah sebuah lori pasir di Persiaran Kewajipan, Subang Jaya pagi tadi.

Mangsa, Asmawati Mat Asri, 27 tahun maut ditempat kejadian selepas disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Mangsa, Asmawati Mat Asri, 27 tahun maut ditempat kejadian selepas disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). - Foto JBPM Selangor

Menurut maklumat daripada Pusat Gerakan Operasi Bomba Selangor, mangsa dilaporkan tersepit di bahagian sterring rack.

Sejumlah 11 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya bergegas ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan pukul 10.28 pagi.

Pihak bomba terpaksa mengeluarkan mangsa menggunakan beg angin.- Foto JBPM Selangor

Bomba terpaksa mengeluarkan mangsa menggunakan kaedah beg angin untuyk mengeluarkan mangsa.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.