Nahas Semenyih: Kotak hitam helikopter ditemui dalam keadaan baik

Astro Awani
April 5, 2015 06:49 MYT
Pasukan forensik hari ini telah berjaya menjumpai kotak hitam Helikopter AS365 yang terhempas, kira-kira pukul 11.30 pagi tadi
Pasukan forensik hari ini telah berjaya menemui kotak hitam Helikopter AS365 yang terhempas, kira-kira pukul 11.30 pagi tadi
Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Abu Samah Mat, ia dijumpai berdekatan dengan lokasi nahas utama dan ia berada di dalam keadaan yang baik.
Beliau berkata kotak hitam itu telah pun diserahkan kepada pasukan siasatan DCA dan memberi jaminan bahawa pihak polis akan terus melakukan pencarian di lokasi nahas di mana terdapat banyak serpihan helikopter.
Pihak DCA akan keluarkan laporan awal nahas itu dalam tempoh tujuh hari dan kawasan di sekitar nahas dikawal rapi dan ketat.
#Datuk Abu Samah Mat #kotak hitam #nahas helikopter