Nahas rombongan guru: Mangsa ketiga meninggal dunia

Sinar Harian
Jun 9, 2024 04:45 MYT
Bas terbabit dipercayai dalam perjalanan ke Terengganu itu turut dilaporkan terbabas dan terjunam ke bawah cerun di Kilometer (KM)126 Jalan Kuantan-Segamat dekat simpang tiga ke Bahau. - Gambar fail
MUADZAM SHAH : Seorang lagi mangsa yang terlibat dalam kemalangan bas persiaran di Jalan Kuantan-Segamat berhampiran simpang tiga Bahau di sini meninggal dunia.
Mangsa ketiga yang meninggal dunia dikenali sebagai Hamzah Ahmad berusia 60 tahun.
Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintenden Nor Azman Yusof berkata, mangsa yang juga seorang guru disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.
Sebelum itu, seorang penumpang wanita dan pemandu kedua bas membawa rombongan guru Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram, Masjid Tanah, Melaka maut selepas kenderaan terbabit merempuh treler di Kilometer 126 Jalan Kuantan-Segamat dekat simpang tiga ke Bahau di sini pada Ahad.
Mangsa, Hasnatul Adilah Hassan, 48 meninggal dunia di lokasi kejadian manakala Mohd Adi Hasan, 29, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Muadzam Shah.
Bas terbabit dipercayai dalam perjalanan ke Terengganu itu turut dilaporkan terbabas dan terjunam ke bawah cerun di Kilometer (KM)126 Jalan Kuantan-Segamat dekat simpang tiga ke Bahau. - Sinar Harian
#kemalangan bas #guru maut #SK Jeram #rombongan sekolah