Nahas helikopter: TNB arah kerja, penggunaan helikopter diberhentikan

Astro Awani
Februari 6, 2025 13:53 MYT
TNB memaklumkan pihak mereka akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam siasatan insiden tersebut.- Foto JBPM
KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah mengarahkan pemberhentian kerja bagi penggunaan helikopter kedua yang turut terlibat dalam kerja-kerja penyelenggaraan di tapak projek TNB di kawasan Bentong.
Ia susulan insiden melibatkan salah sebuah daripada dua buah helikopter di tapak pendaratan berhampiran Bentong, Pahang, pada pagi Khamis.
Dalam satu kenyataan, TNB memaklumkan pihak mereka akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam siasatan insiden tersebut.
Kejadian yang dilaporkan berlaku sekitar 10.39 pagi itu menyebabkan helikopter tersebut terbakar 100 peratus.
Kebakaran tersebut berjaya dikawal dan padam sepenuhnya pada jam 11.06 pagi.
Difahamkan, helikopter tersebut sedang melakukan kerja-kerja keudaraan yang difahamkan sedang mengangkat underslung bagi tujuan pemasangan kabel projek Tenaga Nasional Berhad (TNB).
#helikopter #Tenaga Nasional Berhad #TNB
;