Nahas Helikopter Taman Melawati: Ahmad Jauhari beri keterangan kepada polis
Fareez Azman
November 8, 2020 15:52 MYT
November 8, 2020 15:52 MYT
HULU KELANG: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Berhad, Datuk Ahmad Jauhari Yahya enggan memberi sebarang ulasan ketika ditemui media berhubung kejadian helikopter terhempas di Taman Melawati, di sini yang mengorbankan dua nyawa hari ini.
“Datuk ada komen? (Media), tak nak,” jelas Ahmad Jauhari ketika didekati media.
Ahmad Jauhari antara mangsa yang terselamat dalam nahas dua helikopter di Taman Melawati tengah hari Ahad.
Seorang lagi mangsa terselamat menaiki helikopter sama dikenali sebagai Tan Chai Elan.
Ahmad Jauhari bagaimanapun dilihat dibawa menaiki kenderaan polis dipercayai untuk dirakam keterangan di Balai Polis Melawati.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.20 pagi, dua mangsa itu adalah Mohd Irfan Mohamed Rawi, 41, dan Mohd Sabri Baharom, 56.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha siasatan awal mengesahkan kedua-dua helikopter terbabit bertembung sebelum terhempas.
Bagaimanapun, siasatan terhadap insiden berkenaan masih dijalankan.
#helikopter terhempas
#Taman Melawati
#dua terbunuh
#Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Berhad