Nahas helikopter Pakistan: Jenazah Datin Habibah selamat tiba di KLIA

Syah Hairizal Kamalul Arifin
Mei 15, 2015 15:14 MYT
Jenazah Allahyarhamah Datin Habibah dibawa dari Islamabad menggunakan pesawat tentera C130 Pakistan Airforce PAF0977 pada jam 11 pagi waktu tempatan.
Jenazah isteri Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Pakistan, Allahyarhamah Datin Habibah Mahmud selamat tiba ke tanahair pada malam Jumaat.
Jenazah yang tiba terus dibawa ke Batu Pahat, Johor untuk dikebumikan pada Sabtu.
Jenazah Allahyarhamah Datin Habibah dibawa dari Islamabad menggunakan pesawat tentera C130 Pakistan Airforce PAF0977 pada jam 11 pagi waktu tempatan.
Pesawat itu tiba kira-kira pukul 9.10 malam dan kemudian jenazah ditempatkan dalam keranda yang dibalut Jalur Gemilang sebelum acara doa ringkas dilakukan di perkarangan Kompleks Bunga Raya KLIA.
Turut mengiringi jenazah ialah Dato Dr Dr Hasrul Sani Mujtabar bersama Menteri Ehwal Pendidikan Pakistan, Muhammad Baligh Ur Rehman.
Jenazah Allahyarhamah dijadualkan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Parit Yusof Darat, Kg Parit Masjid, Muar Johor pada pukul 8 pagi Sabtu.
#Habibah Mahmud #Hasrul Sani #helikopter #Nahas #Pakistan