Nahas helikopter: MHS Aviation sahkan pesawat dipajak

Astro Awani
Februari 6, 2025 13:21 MYT
MHS Aviation sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa penerbangan yang berkaitan dan komited untuk menjalankan siasatan menyeluruh mengenai punca kejadian. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: MHS Aviation mengesahkan helikopter yang terlibat dalam nahas di Tapak Pendaratan Helikopter II, Bentong, Pahang sebentar tadi merupakan helikopter yang dipajak syarikatnya.
Dalam satu kenyataan pada Khamis, syarikat itu memaklumkan kejadian tersebut telah dikawal dengan pantas selain tidak memberi sebarang ancaman keselamatan.
“Bagaimanapun, kami amat kesal untuk melaporkan bahawa seorang petugas di darat telah meninggal dunia.
“Sebagai menghormati keluarga, identiti si mati dan mana-mana individu yang cedera tidak akan didedahkan sehingga waris mereka dimaklumkan,” memetik kenyataan itu.
Sehubungan itu, MHS Aviation sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa penerbangan yang berkaitan dan komited untuk menjalankan siasatan menyeluruh mengenai punca kejadian.
#MHS Aviation #Jalan Lama Kuala Lumpur - Bentong #warga Indonesia maut #apak Pendaratan Helikopter II
;