Nahas helikopter Lumut: Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB

Ridauddin Daud
April 24, 2024 16:56 MYT
Sebanyak 10 buah kenderaan jenazah tersebut diiringi kenderaan polis dan akan bergerak ke tiga lokasi yang telah ditetapkan. - Foto Astro AWANI
IPOH: Semua jenazah anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang maut dalam nahas helikopter di Pangkalan TLDM Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada jam 4.35 petang pada Rabu.
Sebanyak 10 buah kenderaan jenazah tersebut diiringi kenderaan polis dan akan bergerak ke tiga lokasi yang telah ditetapkan sebelum ini.
Jenazah mangsa beragama Islam akan dibawa ke Kem Batalion Ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja, Ipoh untuk solat jenazah.
Mayat Leftenan T Sivasutan TLDM pula dibawa pulang ke kediaman keluarga di Sitiawan, Perak sebelum disemadikan pada Khamis, 25 April 2024.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Masyarakat antarabangsa zahir simpati
Manakala, mayat mendiang Laskar Kanan JJM Joanna Felicia anak Rohna akan dibawa pulang ke Serian, Sarawak untuk disemadikan di sana.
Jenazah Joanna Felicia pula akan diterbangkan menggunakan pesawat C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Proses bedah siasat 10 mangsa selesai
#nahas helikopter Lumut #jenazah anggota TLDM #Hospital Raja Permaisuri Bainun #kenderaan jenazah
;