PUTRAJAYA: Tiada pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) dalam aspek pengendalian mahupun penyelenggaraan dikesan, berhubung insiden kemalangan helikopter milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang berlaku di kawasan apron UniKL MIAT Hangar, Subang, Selangor pada Sabtu lepas.
Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Datuk Ahmad Izram Osman berkata ketika kejadian kira-kira 11.40 pagi itu, helikopter model Agusta AW189 milik JBPM itu dalam proses penyelenggaraan, dengan menjalani ujian enjin dan sistem pesawat.
Ahmad Izram berkata ketika proses penyelenggaraan berkenaan, jurutera telah membuka motor kipas pesawat yang sudah lima tahun beroperasi untuk kerja-kerja logistik, dan memasangnya kembali sebelum membuat ujian hovering.
"Apabila pesawat keluar daripada hangar, keadaan pesawat tidak seimbang dan melihat kepada kesan tayar pesawat, kita mendapati kejadian itu berlaku sebelum proses hovering.
"Selalunya proses hovering ini dilakukan pada paras tujuh meter dan ada peringkat ketinggian lagi...tetapi helikopter tidak sempat melakukan proses tersebut, apabila tayar tidak seimbang dan kipas helikopter patah akibat terkena lantai di kawasan hangar," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Ahmad Izram berkata ketika kejadian, tiga anggota JBPM dan empat kru selenggaraan berada dalam pesawat dan kesemua mereka menggunakan tali pinggang keselamatan.
Pesawat itu dikendalikan oleh anak kapal JBPM iaitu Timbalan Penguasa Bomba II Hasrizal Kamaruzzaman (komander pesawat) dibantu Penolong Kanan Penguasa Bomba Che Muhammad Azlan Che Mohammad (juruterbang) dan seorang Kuartermaster Udara Pegawai Bomba Kanan I Fua'ad Jamaluddin.
Selain itu, empat kru selenggaraan daripada Syarikat Galaxy Aerospace Sdn Bhd turut berada di dalam pesawat iaitu Muhammad Mohd Taib (ketua jurutera), Ahmad Zhafri Mohd Nor (jurutera avionik), Mohammad Zhafir Mohammad (pelatih) dan Ryan Xavier Julius (pelatih).
Ahmad Izram berkata tiga anggota tersebut setakat ini masih direhatkan daripada bertugas bagi menjalani rawatan susulan dan anak kapal serta kru senggaraan dilaporkan tidak mengalami kecederaan parah.
Dalam kejadian 11.40 pagi itu, sebuah helikopter milik JBPM sedang menjalani proses penyelenggaraan berkala yang ditetapkan oleh pihak pengeluar, terbabit dalam kemalangan.
JBPM dalam kenyataan semalam memaklumkan, pihaknya menjalankan siasatan dalaman dan akan mengambil tindakan susulan, selaras dengan dapatan dan arahan serta prosedur semasa yang berkuat kuasa.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 24 2023
Kejadian berlaku ketika helikopter model Agusta AW189 milik JBPM itu dalam proses penyelenggaraan, dengan menjalani ujian enjin dan sistem pesawat. - Gambar fail
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Bomba Perak giat cari lelaki Orang Asli hilang ketika memancing
JBPM Perak sedang giat mencari seorang lelaki Orang Asli yang dipercayai hilang selepas keluar memancing di Sungai Tumboh, Kampung Gajah, dekat sini sejak petang semalam.
Banjir: JBPM beri tumpuan lima negeri terdedah hujan luar jangka
JBPM memberi tumpuan utama kepada Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan barat Sarawak yang dijangka terdedah kepada hujan luar jangka pada bulan hadapan hingga boleh mengakibatkan banjir.
Tiga lemas dihanyutkan kepala air ketika aktiviti 'water rafting'
Tiga individu meninggal dunia dipercayai lemas akibat dihanyutkan kepala air ketika mengikuti rakit arus deras di Sungai Kampar di sini, pada Jumaat.
JBPM laksana penerbangan ihsan bawa ibu mengandung, kanak-kanak
Unit Udara JBPM melaksanakan penerbangan perubatan ihsan dengan membawa dua pesakit Orang Asli untuk mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Gua Musang, semalam.
Kebakaran stor: Pejabat Parlimen Papar salur bantuan khemah dan makanan
Beberapa khemah sementara didirikan bagi menempatkan para pesakit dan kakitangan Hospital Papar, Sabah yang terkesan susulan insiden kebakaran di stor perubatan farmasi hospital itu.
MTL: JAKOA siap sedia hadapi banjir
JAKOA sudah bersiap sedia bagi menghadapi MTL yang bermula hari ini hingga Mac tahun depan bagi memastikan penduduk Orang Asli di kawasan berisiko terjejas banjir dapat diberi bantuan segera.
Pemandu, kelindan lori tersepit kemalangan 3 kenderaan
Pemandu dan kelindan sebuah lori tiga tan cedera selepas tersepit dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Kuala Selangor-Teluk Intan, berhampiran pekan Sekinchan.
Mayat lima mangsa bot regata karam ditemukan pagi ini
Kesemua mangsa ditemukan secara berperingkat antara pukul 6.16 pagi hingga 7.09 pagi tadi.
Unit Udara JBPM bantu Orang Asli Gua Musang dapatkan rawatan
Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan penerbangan pemindahan perubatan membawa seorang lelaki Orang Asli dari Pos Simpor, untuk mendapatkan rawatan lanjut.
JBPM tingkat pemantauan di 'hotspot' banjir, pastikan respons pantas - KP Bomba
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mempertingkatkan pemantauan di kawasan 'hotspot' banjir bagi memastikan respons pantas dapat digerakkan bagi membantu mangsa terjejas.