Nahas helikopter: Beberapa dentuman kuat, kejutkan penduduk Taman Melawati - Saksi

Astro Awani
November 8, 2020 06:06 MYT
Menurut salah seorang saksi, Jeffry Rizal, dia bergegas keluar dari rumahnya selepas mendengar bunyi dentuman tersebut. - Foto Media Sosial
HULU KELANG: Beberapa dentuman kuat mengejutkan penduduk di Taman Melawati, Ampang lewat pagi tadi.
Menurut salah seorang saksi, Jeffry Rizal, dia bergegas keluar dari rumahnya selepas mendengar bunyi dentuman tersebut.
Sejurus itu, dia melihat dua buah helikopter sedang hilang kawalan.
LAPOR LANGSUNG: Helikopter terhempas di Taman Melawati
Sebelum ini polis mengesahkan identiti dua mangsa yang maut dalam nahas helikopter di Tan Melawati, Ampang pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Mohamad Farouk Eshak berkata, dua mangsa yang maut adalah Mohd Irfan Mohamed Rawi dan Mohd Sabri Baharom.
Manakala, dua mangsa yang terselamat adalah Datuk Ahmad Jauhari Yahya yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Berhad (MAS) dan Tan Chai Elan.
#Taman Melawati #nahas helikopter #kemalangan udara #helikopter