Nahas Hawk 108: Perdana Menteri ucap takziah, janji siasatan terperinci

Azyyati Ahmad
Jun 15, 2017 18:04 MYT
Kedua juruterbang tersebut dikenal pasti sebagai Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39, dan Mejar Mohd Hasri Zahari, 31.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah ke atas keluarga dua juruterbang pesawat Tentera Udara Malaysia (TUDM) Hawk 108 yang meninggal dunia dalam nahas hari ini.
Dalam ucapan takziah yang dimuatnaik di Twitter rasmi beliau, Datuk Seri Najib berkata siasatan mengenai punca nahas akan diadakan secara terperinci.
"Terima berita sedih dua juruterbang yang hilang dijumpai maut. Takziah untuk keluarga. Siasatan terperinci akan dilaksana," menurut twit beliau.

Innalillah. Trima brita sedih 2 juruterbang @airforcenextgen yg hilang dijumpai maut. Takziah kpd keluarga. Siasatan trperinci akn dilaksana

— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) June 15, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dua juruterbang pesawat Tentera Udara Malaysia (TUDM) Hawk 108 yang dikhuatiri hilang sebelum ini, disahkan meninggal dunia.
Kedua juruterbang tersebut dikenal pasti sebagai Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39, dan Mejar Mohd Hasri Zahari, 31.
Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia, Jeneral Datuk Seri Affendi Buang yang mengesahkan perkara berkenaan dalam satu sidang media
Pesawat TUDM Hawk 108 dikhuatiri hilang di utara Kuantan dan di persempadanan Terengganu dari Pahang jam 11.30 pagi tadi.
Pesawat telah berlepas dari Pangkalan Udara Kuantan pada jam 11 pagi dan terputus hubungan 30 minit selepas itu.
#Hawk 108 #Najib Razak #Perdana Menteri #TUDM
;