Nahas 11 kenderaan di Lebuhraya KL-Karak, trafik sesak menghala ke Pantai Timur

Astro Awani
Januari 29, 2022 11:49 MYT
Antara kenderaan yang terlibat dalam nahas di KM4, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KRK) arah timur. -Facebook Cikgu Alia
KUALA LUMPUR: Satu nahas membabitkan 11 kenderaan termasuk sebuah lori dilaporkan berlaku sekitar jam 9.30 pagi tadi.
Kejadian di KM4, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) arah timur itu menyebabkan kesesakan hampir dua jam dari Gombak ketika ini.
Memetik kenyataan dari Facebook ​Lembaga ​L​ebuhraya Malaysia, ​nahas melibatkan ​lori kontena ​dengan beberapa buah kenderaan lain di laluan Genting Sempah​-Bukit Tinggi​ yang mengakibatkan ​lorong kanan ​dan tengah terhalang​.

11.41amKL-KARAK@E8 : Status trafik semasa; Sesak dari MRR2 ke Bukit Tinggi (kesan kemalangan KM 40 arah Kuantan), lorong kanan & tengah terhalang. Hati-hati memandu. pic.twitter.com/WIf5O5v296

— LLM Trafik (@LLMinfotrafik) January 29, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Nahas juga menyebabkan kesesakan teruk sepanjang 20.5 kilometer dari MRR2 ke Bukit Tinggi​.

12.05pm KL-Karak@E8 : Trafik sesak - Dari MRR2 sehingga ke Tol Plaza Gombak hala Kuantan - 22.3KM dari TP Gombak hingga Km 43.1 hala Kuantan (Gombak-Bkt Tinggi). ** Berikutan pertambahan kenderaan.@LLMinfotrafik

— GMBK-KARAK-KTN-JABOR (@LPTTrafik) January 29, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Astro AWANI sedang mendapatkan maklumat berhubung kejadian dan akan melaporkan perkembangan dari semasa ke semasa.
Sementara itu, berdasarkan perkongsian baharu LPT Trafik, trafik sesak dari MRR2 hingga ke Tol Plaza Gombak menghala ke Kuantan.
Manakala di KM20.4 dari Plaza Tol Gombak menghala ke Kuantan hingga KM40.2.
Orang ramai dinasihatkan untuk berhati-hati dan sentiasa pantau keadaan trafik menerusi perkembangan di media sosial rasmi LPT untuk perkembangan lanjut.
#trafik sesak #nahas tujuh kenderaan #KRK #Pantai Timur
;