Nafi laksana semula PKP: Ini perkara penting pasca Mesyuarat Khas MKN

Astro Awani
Oktober 3, 2020 16:50 MYT
Muhyiddin Yassin mempengerusikan Sidang Khas MKN di Putrajaya pada Sabtu. - Foto Facebook Muhyiddin Yassin
KUALA LUMPUR: Pasca Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini, beberapa perkara ditetapkan oleh kerajaan.
Perkara itu disampaikan oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang turut menafikan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan semula di negara ini.
1. Pemimpin bertaraf menteri dibenarkan masuk, semua delegasi wajib jalani ujian swab 3 hari sebelum masuk dan hari ketibaan
2. Pemimpin negara yang punyai tugasan rasmi dibenarkan ke luar negara, perlu kuarantin wajib 14 hari selepas pulang
3. Kekang PATI bolos, anggota dan aset ditambah perkasa Op Benteng
4. Waktu operasi Kompleks Sultan Abu Bakar atau Linkedua bagi kenderaan berat adalah 24 jam, kenderaan ringan dari 8 pagi hingga 12 malam
5. Anak kapal yang terlibat 'sign on' wajib jalani ujian swab, kuarantin 14 hari
BACA: "Bertenang, jangkitan COVID-19 terkawal" - Perdana Menteri
BACA:
Kerajaan tiada hasrat laksana semula PKP di seluruh negara - Ismail Sabri
BACA: COVID-19: Data dan informasi setakat ini (Dikemaskini setiap hari)
#Muhyiddin Yassin #ismail sabri yaakob #Perdana Menteri #perintah kawalan pergerakan #PKP #Majlis Keselamatan Negara
;