KUALA LUMPUR: Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) menetapkan lima fokus utama menuju 2030 untuk kekal relevan kepada rantaian Pertubuhan Peladang dengan tumpuan diberikan dalam aspek pembangunan industri padi dan beras.
Pengerusi Jemaah Pengarah NAFAS Datuk Zamri Yaakob berkata empat lagi fokus adalah pemasaran input baja dan kimia; menjadi pemain utama industri ayam; mencari sumber kekayaan baharu serta kemakmuran keluarga Peladang.
"Dalam meniti usia 50 tahun, NAFAS perlu lebih bersedia mendepani cabaran dan melihat kepada keperluan masa depan serta dinamik dan produktif mengurus isu serta membentuk masyarakat tani yang berdikari dan makmur," katanya pada Majlis Pelancaran Jubli Emas 50 Tahun NAFAS di sini, semalam.
Memperincikan setiap fokus itu, Zamri berkata bagi pembangunan industri padi dan beras, pihaknya kini ke arah pembangunan, pengeluaran dan pengkomersialan benih padi hibrid NAFAS yang dilaksanakan bersama agensi kerajaan berkaitan serta syarikat rakan kongsi dengan musim penanaman pertama dijangka tahun depan.
"Objektif program ini ialah menjadi alternatif kepada pesawah dengan tawaran benih padi hibrid berbanding benih padi inbrid sedia ada di pasaran, kajian dilaksanakan membuktikan peningkatan hasil tuaian sehingga 50 peratus setiap hektar," katanya.
Selain itu, Zamri berkata pihaknya kini menumpukan kepada penyelidikan dan pembangunan; pengilangan dan pemasaran input baja dan racun sebagai pendapatan baharu NAFAS.
Bagi menjadi pemain utama industri ayam, Zamri berkata NAFAS kini terarah kepada melengkapkan rantaian nilai ayam bermula daripada makanan, ternakan hingga pemprosesan.
Beliau menjelaskan pertubuhan itu juga memberi penekanan kepada pembangunan sektor pertanian baharu seperti nanas MD2 serta durian Musang King sebagai sumber kekayaan baharu selain memberi tumpuan kepada perkongsian kemakmuran NAFAS kepada semua peringkat Pertubuhan Peladang.
Zamri berkata dalam usia NAFAS menjangkau 50 tahun, pertubuhan yang dianggotai 14 Pertubuhan Peladang Negeri, 279 Pertubuhan Peladang Kawasan dan hampir sejuta ahli seluruh negara itu turut mengalami evolusi seiring perubahan masa.
"Walaupun dalam perniagaan ada untung rugi kita haruslah mempunyai perancangan atau pelan yang membantu mengesan pergerakan dalam perniagaan dan kita tidak boleh leka dengan nikmat diberi, jangan terlalu berada dalam comfort zone (zon selesa)," katanya.
Zamri berkata hasil kecekapan ahli jemaah pengarah dan pengurusan, pertubuhan itu berjaya mengembangkan sektor perniagaannya melalui enam syarikat subsidiari 100 peratus milik NAFAS, tiga subsidiari dengan pelaburan melebihi 50 peratus serta 11 anak syarikat bagi subsidiari dan syarikat bersekutu.
Beliau berkata sepanjang 2010 hingga 2019, NAFAS telah mengagihkan dividen RM83.75 juta kepada pemegang saham dengan purata agihan dividen setiap tahun sebanyak 30 peratus daripada jumlah saham selain menjalankan tanggungjawab pembayaran zakat perniagaan.
Selain itu, NAFAS dan kumpulan telah membuat pembayaran zakat berjumlah RM15.14 juta kepada Majlis Agama Islam di setiap negeri tahun lepas serta menjalankan tanggungjawab sosial dengan memberikan bantuan kepada Pertubuhan Peladang Negeri, Pertubuhan Peladang Kawasan dan ahli peladang seluruh negara.
NAFAS ditubuhkan pada 31 Mac 1972 adalah ilham Perdana Menteri kedua Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dan pada awal penubuhan ia dikenali sebagai Persatuan Peladang Kebangsaan.
Ia didaftarkan di bawah Akta Persatuan Peladang 1967 serta bertanggungjawab sebagai badan induk kepada persatuan-persatuan peladang di seluruh negara.
Seiring peredaran masa dan bagi membolehkan peladang mencapai kemajuan, persatuan peladang dan syarikat kerjasama asas tani seluruh negara dicantum menjadi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) yang didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan Peladang 1973.
Berikutan perubahan yang berlaku di peringkat kawasan dan negeri, Persatuan Peladang Kebangsaan telah didaftarkan semula sebagai NAFAS pada 1984.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 31 2022
![NAFAS tetap lima fokus utama menjelang 2030 NAFAS tetap lima fokus utama menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81648699747_DrRonaldKiandee.jpg)
Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (tengah) melawat pameran selepas Majlis Pelancaran Jubli Emas NAFAS di Kuala Lumpur, 30 Mac 2022. Turut sama, Zamri (kanan). --fotoBERNAMA
![Ladang kelapa sawit dipercayai lokasi Nur Farah Kartini dibunuh - Polis Ladang kelapa sawit dipercayai lokasi Nur Farah Kartini dibunuh - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721210176_TBFARAHMAYAT.jpg)
Ladang kelapa sawit dipercayai lokasi Nur Farah Kartini dibunuh - Polis
Polis percaya kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang di sini adalah lokasi Nur Farah Kartini Abdullah, dipercayai dibunuh.
Pantau Agenda Reformasi: Bola sepak Malaysia selepas Kim Pan Gon
Niaga AWANI: BSKL dijangka melepasi 1,700 mata pada akhir 2024
Bursa Malaysia dijangka mencatatkan aliran meningkat dengan indeks utama FBM KLCI dijangka melepasi paras 1,700 mata menjelang akhir tahun ini.
Niaga AWANI: Harga emas rekod paras tertinggi dalam sejarah
Harga emas dilaporkan naik ke paras tertinggi dalam sejarah hari ini. Ia berikutan kenyataan terbaharu daripada pegawai Rizab Persekutuan (FED) Amerika Syarikat yang meningkatkan jangkaan bahawa akan berlaku penurunan kadar faedah pada September.
Suspek masih belum digantung tugas
Polis Perak sedang menunggu hasil siasatan terhadap suspek sebelum tindakan menggantung tugas sebagai anggota polis.
Dasar digital perlu pastikan jurang antara miskin dan kaya tidak terus melebar
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau bukan mahu bersikap negatif terhadap golongan elit, namun menegaskan bahwa sekiranya tidak dikawal, kesenjangan di antara kaya dan miskin akan terus melebar.
Ahli Dewan Rakyat wajib jalani pemeriksaan kesihatan
Semua Ahli Dewan Rakyat diwajibkan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan selewat-lewatnya pada 11 November depan.
![Jenazah Nur Farah Kartini dijangka dituntut selepas DNA ibu diambil - Abang Jenazah Nur Farah Kartini dijangka dituntut selepas DNA ibu diambil - Abang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721206884_NurFarahKartini.jpg)
Jenazah Nur Farah Kartini dijangka dituntut selepas DNA ibu diambil - Abang
Urusan tuntutan jenazah mangsa bunuh Nur Farah Kartini Abdullah dijangka hanya dapat dilakukan selepas pengambilan sampel DNA ibunya di Hospital Kuala Kubu Bharu hari ini.
![[KOLUMNIS] Konotasi 'Belanda' dalam pantun dan peribahasa Melayu [KOLUMNIS] Konotasi 'Belanda' dalam pantun dan peribahasa Melayu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721207677_belanda.jpg)
[KOLUMNIS] Konotasi 'Belanda' dalam pantun dan peribahasa Melayu
Pantun merupakan akal budi orang Melayu, iaitu penciptaan bait-bait diksi yang indah yang mempunyai unsur alam dan persekitaran masyarakat.
![Suspek kes bunuh Nur Farah Kartini belum ditahan tugas - Polis Perak Suspek kes bunuh Nur Farah Kartini belum ditahan tugas - Polis Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721098519_suspekbunuhNurFar.jpg)
Suspek kes bunuh Nur Farah Kartini belum ditahan tugas - Polis Perak
Polis Perak sedang menunggu hasil siasatan terhadap suspek yang juga anggota di kontinjen negeri itu sebelum tindakan jabatan diambil berhubung kes bunuh Nur Farah Kartini Abdullah.
![NAFAS komited bantu kerajaan tangani isu bekalan beras putih tempatan NAFAS komited bantu kerajaan tangani isu bekalan beras putih tempatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41674717374_ZamriYaakob.jpg)
NAFAS komited bantu kerajaan tangani isu bekalan beras putih tempatan
Zamri berkata NAFAS mampu untuk terlibat secara langsung dalam rantaian pembekalan beras negara.
![NAFAS sebagai pengimport beras alternatif, dibincang dalam mesyuarat NACCOL esok NAFAS sebagai pengimport beras alternatif, dibincang dalam mesyuarat NACCOL esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71708726170_SyedAbuHussinHafi.jpg)
NAFAS sebagai pengimport beras alternatif, dibincang dalam mesyuarat NACCOL esok
Cadangan menjadikan NAFAS sebagai alternatif pengimport beras serta pengeluar beras putih tempatan akan dibentangkan dalam mesyuarat NACCOL esok.
![NAFAS mampu bantu jamin bekalan ayam pedaging seluruh negara - Mohamad Sabu NAFAS mampu bantu jamin bekalan ayam pedaging seluruh negara - Mohamad Sabu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81681341016_TBAYAM.jpg)
NAFAS mampu bantu jamin bekalan ayam pedaging seluruh negara - Mohamad Sabu
Mohamad Sabu berkata walaupun jumlah berkenaan tidak besar, ia dilihat dapat membantu pengusaha kecil-kecilan yang terlibat dalam sektor itu.
![KPKM yakin keupayaan NAFAS bekalkan baja subsidi kepada petani KPKM yakin keupayaan NAFAS bekalkan baja subsidi kepada petani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41687774949_TBMohamadSabu.jpg)
KPKM yakin keupayaan NAFAS bekalkan baja subsidi kepada petani
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) yakin dengan keupayaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), untuk membekalkan baja bersubsidi kepada kepada petani di seluruh negara.
![Pertubuhan Peladang diwartakan sebagai badan awam di bawah Akta SPRM Pertubuhan Peladang diwartakan sebagai badan awam di bawah Akta SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51678335251_PertubuhanPeladang.jpg)
Pertubuhan Peladang diwartakan sebagai badan awam di bawah Akta SPRM
Ia seiring pewartaan Pertubuhan Peladang sebagai Badan Awam di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 yang berkuat kuasa 22 Mei.
![Muhammad Faris Arriffin dilantik Pengurus Besar baharu NAFAS Muhammad Faris Arriffin dilantik Pengurus Besar baharu NAFAS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51678335251_PertubuhanPeladang.jpg)
Muhammad Faris Arriffin dilantik Pengurus Besar baharu NAFAS
NAFAS melantik Muhammad Faris Arriffin sebagai Pengurus Besar baharu, berkuat kuasa semalam.
![IBR: Bukti komitmen warga peladang perangi rasuah IBR: Bukti komitmen warga peladang perangi rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41674717374_ZamriYaakob.jpg)
IBR: Bukti komitmen warga peladang perangi rasuah
Ikrar Bebas Rasuah yang dilakukan warga kerja Pertubuhan Peladang Kebangsaan, merupakan antara usaha organisasi itu dalam meningkatkan integriti dan menzahirkan komitmen mereka untuk bebas rasuah.
![Sekuriti makanan: ANGKASA dan NAFAS terajui ternakan ayam daging negara Sekuriti makanan: ANGKASA dan NAFAS terajui ternakan ayam daging negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41655291300_ANGKASAN.jpg)
Sekuriti makanan: ANGKASA dan NAFAS terajui ternakan ayam daging negara
ANGKASA dan NAFAS akan menerajui bidang penternakan ayam sebagai menjamin sekuriti makanan negara.
![NAFAS, ANGKASA usahakan tanaman jagung bijirin seluas 16,000 hektar - Ismail Sabri NAFAS, ANGKASA usahakan tanaman jagung bijirin seluas 16,000 hektar - Ismail Sabri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/71619758985_CORN.jpg)
NAFAS, ANGKASA usahakan tanaman jagung bijirin seluas 16,000 hektar - Ismail Sabri
Langkah pro-aktif itu dijangka dapat mengurangkan kebergantungan negara terhadap keperluan import bahan mentah khususnya jagung bijirin sebagai makanan ternakan ayam.
![Bantuan RM200 kepada pesawah untuk enam bulan sementara tunggu hasil tuaian - PM Bantuan RM200 kepada pesawah untuk enam bulan sementara tunggu hasil tuaian - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61652891527_PerdanaMenteriDatu.jpg)
Bantuan RM200 kepada pesawah untuk enam bulan sementara tunggu hasil tuaian - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan kerajaan bersetuju memberi bantuan bulanan RM200 untuk enam bulan kepada pesawah sementara menunggu hasil tuaian.