NADMA keluarkan amaran banjir di empat negeri utara Semenanjung

Astro Awani
November 29, 2017 18:29 MYT
NADMA keluarkan amaran banjir di Kedah, Pulau Pinang ,Kelantan dan Terengganu. FotoBERNAMA
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) mengeluarkan amaran cuaca waspada peringkat kuning dan jingga terhadap beberapa kawasan di Kedah, Pulau Pinang ,Kelantan dan Terengganu.
Dalam satu kenyataan, agensi itu turut memberi amaran hujan lebat akan berterusan sehingga esok di Perlis dan Perak.
Sehubungan dengan itu, semua pusat operasi bencana peringkat negeri di Perak, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang diaktifkan sebagai persediaan menghadapi bencana terutama di kawasan yang berisiko tinggi banjir dan tanah runtuh.
Pihak Pusat Kawalan Operasi Banjir (PKOB) Negeri juga diminta untuk memastikan pusat-pusat pemindahan dilengkapi dengan keperluan asas.
BACA: Bomba sasar ambil masa 10 minit untuk keluarkan mangsa banjir
BACA: Pencuri tunggu masa nak masuk rumah, jadi saya tak nak pindah!
BACA: Banjir: Siap siaga agensi pengurusan bencana pada skala 10/10 - TPM Zahid
Banjir: Shahidan Kassim lawat mangsa di Besut
Sementara Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTP) juga diminta memastikan aset-aset operasi mencukupi dan berada di dalam keadaan baik dan sedia digunakan.
#Agensi Pengurusan Bencana Negara #bah #banjir #berisko #cuaca #cuaca buruk #flood #Kedah #NADMA #operasi #Perak #Perlis #Pos Kawalan Tempat Kejadian #pulau pinang #Pusat Kawalan Operasi Banjir #Shahidan Kassim #tanah runtuh
;