Nabawan dikenakan PKP, PKPD di beberapa lokaliti Felda di Maran - Ismail Sabri

Madiha Abdullah
Mac 1, 2021 10:26 MYT
Ismail Sabri berkata, ia adalah susulan peningkatan kes yang dicatatkan di kawasan berkenaan. - ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan di daerah Nabawan, Sabah bermula 3 Mac sehingga 16 Mac 2021.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia adalah susulan 177 kes positif yang dicatatkan melibatkan 15 buah kampung di daerah tersebut.
"Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan situasi kes COVID-19 di daerah Nabawan, Sabah.
"Pelaksanaan PKP ini untuk mengawal pergerakan penduduk di daerah ini dan seterusnya untuk mengawal penularan jangkitan dalam komuniti," katanya dalam kenyataan media harian pada Isnin.
Sementara itu, beliau turut mengumumkan PKP Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di Felda Jengka 1, Felda Jengka 2, Felda Jengka 7 dan Felda Ulu Jempol, Maran, Pahang bermula 2 sehingga 15 Mac 2021.
Setakat ini, sebanyak 46 kes positif COVID-19 telah direkodkan yang melibatkan kluster tersebut, katanya.
#ismail sabri yaakob #perintah kawalan pergerakan #PKP #PKPD #kes positif #kesihatan #Kementerian Kesihatan #Nabawan #Maran #Felda #Sabah