N.Sembilan tetapkan zakat fitrah RM7 tahun ini

Bernama
Mei 3, 2019 17:15 MYT
Sebanyak 1,200 amil dilantik untuk menerima zakat di masjid dan surau. - Gambar hiasan
Kadar zakat fitrah di Negeri Sembilan tahun ini ditetapkan pada kadar RM7 seorang, kata Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Datuk Mohamed Husein.
Beliau, yang juga Pengerusi Perbadanan BaitulMal Negeri Sembilan, berkata, sebanyak 1,200 amil dilantik untuk menerima zakat di masjid dan surau.
Beliau berkata kaunter zakat Perbadanan BaitulMal Negeri Sembilan dibuka tujuh hari seminggu sepanjang bulan Ramadan dari jaml 8.30 pagi hingga 4.45 petang pada hari bekerja dan 9 pagi hingga 4 petang pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum.
"Kaunter turut dibuka di pasar raya terpilih di sekitar Seremban pada setiap Sabtu dan Ahad dari jam 10 pagi hingga 5 petang," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Mohamed berkata pembayaran zakat harta juga boleh dilakukan dengan menggunaan kad ATM dan kad kredit perbankan Islam di kaunter Perbadanan BaitulMal Negeri Sembilan.
"Pembayaran zakat harta juga dibuat di kaunter Pos Malaysia, Bank Islam, Bank Rakyat, Bank Muamalat, Bank CIMB dan Bank Simpanan Nasional (BSN).
"Selain itu, pembayaran zakat harta boleh dilaksanakan melalui Internet dengan melayari www.zakatns2u.com.biz," katanya.
Tahun lepas, Pusat Zakat Negeri SembilaN menetapkan kadar zakat fitrah bagi negeri itu pada kadar RM6.50 seorang.
#Islam #MAINS #Majlis Agama Islam Negeri Sembilan #Mohamed Husein #Perbadanan BaitulMal Negeri Sembilan #Ramadan #Seremban #zakat fitrah
;