#MZB365: Perpaduan dan keharmonian kaum perlu dipertahankan
Irwan Muhammad Zain
April 11, 2024 18:52 MYT
April 11, 2024 18:52 MYT
KUALA LUMPUR: Perpaduan dan persefahaman yang wujud antara semua kaum di negara ini seharusnya dipertahan demi keamanan.
Menurut peguam, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar, jika perkara tersebut gagal dipertahan, Malaysia dikhuatiri mengalami satu lagi episod perselisihan kaum dan meruntuhkan apa yang telah dibina sejak sekian lama.
Ahmad Zaharil menjelaskan, sepatutnya perasaan syak wasangka antara kaum sepatutnya sudah tidak lagi wujud di negara ini.
Beliau berpendapat, kempen Maaf Zahir Batin Setiap Hari atau #MZB365 yang diusahakan beberapa pertubuhan sosial dan media adalah sesuatu yang positif.
"Perasaan curiga atau perasan tidak percaya sepatutnya kita hakiskan... yang sewajarnya kita menuju ke persatuan seluruh rakyat Malaysia bagi menjadi Bangsa Malaysia.
"Tetapi jujur saya katakan, nampaknya sejak akhir-akhir ini ia (semangat perpaduan dan keharmonian) menuju ke belakang. Saya rasa kempen #MZB365 yang dibuat adalah sesuatu yang positif dan patut kita sokongan.
"Saya tak mahu kita bergerak ke belakang. Kita terpaksa bertatih dan merangkak untuk bina, mengapa kita nak menghapuskan sesuatu yang dah dibuat oleh pemimpin kita sebelum ini," katanya kepada Astro AWANI.
Ahmad Zaharil menambah, semua kaum di negara ini sepatutnya bekerjasama demi memupuk perpaduan dan kesejahteraan.
"Saya haraplah antara kaum mestilah ada semangat perpaduan, tolerasi dan saling bermaaf-maafan.
"Kita kena akui kita hidup atas satu tanah, let's work together towards unity. Saya kerajaan perlu ambil tindakan proaktif untuk ambil kesatuan tersebut," katanya.
Kisah mengenai dirinya yang pernah membantu khidmat guaman secara percuma kepada seorang wanita berbangsa India tular di media sosialBukan hanya kerana kejayaannya dalam kes itu, malah kerana ia menyentuh soal kasih sayang dan semangat kebersamaan antara pelbagai kaum di Malaysia.
Tindakannya yang mendapat perhatian luas dari orang ramai itu menunjukkan bahawa semangat perpaduan masih terus berkobar di hati rakyat Malaysia, dan bahawa keadilan tidak mengenal batasan etnik atau agama.
Kisah Ahmad Zaharil memberi harapan bahawa Malaysia dapat terus maju sebagai sebuah negara yang bersatu padu, di mana setiap individu, tanpa mengira latar belakang etnik atau kepercayaan, dapat menikmati hak dan keadilan yang sama.
Ini adalah contoh yang sangat baik tentang bagaimana satu tindakan kecil boleh membawa perubahan besar dalam masyarakat kita, dan betapa pentingnya untuk terus memupuk semangat perpaduan dan kesetiaan di kalangan kita semua.
#Ahmad Zaharil Muhaiyar
#perpaduan
#keharmonian
#kaum
#Keadilan
#perpecahan
#bekerjasama
#syak wasangka