Myvi hilang kawalan rempuh kedai makan
Sinar Harian
Februari 17, 2022 06:50 MYT
Februari 17, 2022 06:50 MYT
KANGAR: Sebuah kereta Perodua Myvi yang dipandu seorang warga emas hilang kawalan dan merempuh bahagian hadapan sebuah kedai makan di Bintong, pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Kangar, Superintenden Wari Kiew berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 12.45 tengah hari.
Katanya, kejadian berlaku apabila pemandu kereta berusia 72 tahun itu dikatakan tertekan pedal minyak ketika membelok masuk ke lorong kanan jalan bersebelahan kedai makan terbabit.
"Insiden itu menyebabkan kereta dipandunya hilang kawalan seterusnya merempuh kedai makan berkenaan.
"Lauk-pauk yang dijual di kedai makan itu juga tumpah dan jatuh bertaburan akibat rempuhan itu," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Beliau berkata, bagaimanapun kemalangan itu tidak melibatkan kecederaan parah atau kemalangan jiwa.
*Berita asal di Sinar Harian