KUALA LUMPUR: Aplikasi MySejahtera kini menawarkan fungsi baharu yang membolehkan pengguna mencetak sijil vaksinasi mereka menggunakan format Dokumen Mudah Alih (PDF) untuk kegunaan rentas negeri atau negara.

Menurut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, fungsi itu turut ditambah baik dengan menawarkan tarikh lahir individu.

“Kemaskini terbaharu di MySejahtera menunjukkan tarikh lahir dan membolehkan rakyat dan pelancong antarabangsa mencetak sijil menerusi format PDF,” ciapnya.

Ciapan itu dibuat sebagai membalas hantaran seorang pengguna Twitter @khairycordoba yang menjelaskan sijil digital boleh disimpan menerusi format PDF.



Sebelum ini aplikasi MySejahtera menawarkan funsi "Aduan" bagi membolehkan orang ramai melaporkan sebarang bentuk pelanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) di premis yang mereka kunjungi.

BACA: COVID-19: MySejahtera kini ada fungsi lapor pelanggaran SOP