MyDigital ID diperlukan untuk log masuk aplikasi MyJPJ bermula 10 Okt

Amanz
Oktober 1, 2024 12:50 MYT
Log masuk ke aplikasi MyJPJ akan diwajibkan menggunakan MyDigital ID bermula 10 Oktober 2024. -Amanz
HARI ini, aplikasi MyJPJ telah menerima satu kemas kini baharu untuk membolehkan pengguna yang mempunyai lesen motosikal B2 menaik taraf lesen ke B Penuh dengan satu bayaran dan juga menghadiri satu kelas dua jam.

Ringkasan AI
  • Pengguna dengan lesen motosikal B2 kini boleh menaik taraf lesen mereka ke B Penuh dengan satu bayaran dan menghadiri kelas dua jam.
  • Log masuk ke aplikasi MyJPJ akan diwajibkan menggunakan MyDigital ID bermula 10 Oktober 2024, meningkatkan sekuriti aplikasi.
  • Ciri ini hanya diperlihatkan pada aplikasi MyJPJ buat masa ini, dan pengguna boleh memuat turun aplikasi MyDigital ID dari Apple App Store atau Google Play Store.

Menariknya, ia juga memperlihatkan kemas kini sekuriti dari segi keperluan menggunakan akaun MyDigital ID untuk log masuk ke aplikasi ini.
Kami dapati selepas mengemas kini aplikasi MyJPJ, tetingkap popup baharu mengatakan bahawa log masuk tunggal menggunakan MyDigital ID akan diwajibkan untuk aplikasi ini bermula 10 Oktober 2024.
Kami telah melihat pada aplikasi kerajaan lain seperti MySejahtera dan MyTax sama ada notis ini hadir, tetapi buat masa ini, hanya aplikasi MyJPJ yang memperlihatkannya.
Bagi anda yang merasakan bahawa pendaftaran MyDigital ID ini adalah sedikit renyah, aplikasi MyJPJ menawarkan pautan untuk memuat turun aplikasi tersebut secara terus sama ada dari Apple App Store ataupun Google Play Store. -Amanz
#aplikasi MyJPJ #lesen motosikal B2 #MyDigital ID #MySejahtera
;