MyCARE kecam tindakan Trump, mahu tindakan diplomatik diambil

Astro Awani
Disember 7, 2017 10:01 MYT
MyCare berkata, pihaknya akan bekerjasama melalui gabungan Save al-Quds Campaign untuk menyatakan pendirian rakyat Malaysia membantah tindakan biadap Amerika Syarikat. - Gambar hiasan
Tindakan Amerika Syarikat mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel jelas bertentangan dengan resolusi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan undang-undang antarabangsa.
Menegaskan kenyataan itu, Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) meminta PBB, Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan Kesatuan Eropah (EU), supaya mengambil tindakan diplomatik mendesak Amerika Syarikat menarik balik pengisytiharan itu.
Langkah itu perlu supaya ketegangan dapat dielakkan, kata MyCARE sambil mengecam pengumuman berhubung Baitulmaqdis itu yang dibuat Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Rabu.
Dalam kenyataannya, MyCare berkata, pihaknya akan bekerjasama melalui gabungan ‘Save al-Quds Campaign’ untuk menyatakan pendirian rakyat Malaysia membantah tindakan biadap itu.
#Amerika Syarikat #Diplomatic #EU #Islam #Israel #Kesatuan Eropah #Malaysia #MyCare #PBB #rakyat #rakyat Malaysia #Save al-Quds Campaign #undang-undang
;