Mutang Tagal masih dirawat di IJN, jangan sebar spekulasi - Pejabat Speaker
Astro Awani
Mei 7, 2024 18:55 MYT
Mei 7, 2024 18:55 MYT
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal, sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.
Pejabatnya dalam satu kenyataan berkata, Mutang telah menerima rawatan di IJN sebaik tiba di Malaysia dari lawatan kerja di Azerbaijan pada Selasa.
Kenyataan itu hadir selepas timbul spekulasi tentang status kesihatan beliau sejak beberapa hari lepas.
“Pejabat Yang di-Pertua Dewan Negara memohon semua pihak agar tidak membuat spekulasi dan menyebarkan maklumat tidak sahih tentang status kesihatan beliau dan sebarang maklumat akan dimaklumkan oleh pejabat ini mengikut keadaan semasa
“Keluarga YB Senator Datuk Mutang Tagal mengucapkan ribuan terima kasih atas kiriman doa yang diberikan untuk beliau dan menghargai ruang masa yang diberikan kepada mereka di dalam tempoh rawatan ini,” menurut kenyataan itu lagi.