Mustapa tidak pernah dipanggil untuk beri keterangan - SPRM

Astro Awani
September 20, 2018 19:09 MYT
Azam dikerumuni wartawan di pekarangan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini. - Astro AWANI
Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed tidak pernah dipanggil untuk beri keterangan berhubung dana yang diterima untuk parti.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki menegaskan tiada sebarang siasatan dibuat ke atasnya.
“Datuk Mustapa? Tidak,” jawab Azam ringkas ketika ditanya wartawan menegnainya di pekarangan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.
Sebelum ini beberapa ahli UMNO mendakwa Mustapa meninggalkan parti itu selepas disiasat SPRM.
Sementara itu, Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa juga membuat dakwaan bahawa Mustapa disiasat polis berhubung satu dana politik.
BACA: Mustapa Mohamed umum keluar UMNO
#Azam Baki #dana politik #Mustapa Mohamed #SPRM
;