Musa Aman dipercayai ke luar negara - Laporan

Astro Awani
Mei 26, 2018 10:57 MYT
Musa telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah sejurus selepas PRU14 berakhir, namun telah gagal mendapat sokongan majoriti Dewan Undangan Negeri Sabah. - BERNAMA/Fail
Pengerusi Barisan Nasional Sabah, Tan Sri Musa Aman dilaporkan telah ke luar negara.
Menurut The Star Online, Musa berkemungkinan telah ke Brunei, dan kemudiannya berlepas ke London.
Musa sedang disiasat oleh pihak polis berkaitan dengan laporan yang dibuat oleh Tuan Yang Terutama Sabah, Tun Juhar Mahi­ruddin, dimana beliau mendakwa Musa telah membuat satu ugutan jenayah ke atasnya.
Dalam pada itu, Musa juga dikehendaki Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung siasatan kes rasuah.
Peguam Musa Zahir Shah enggan mengulas tentang anak guaman beliau.
BACA: Peguam Musa Aman nafi SPRM rampas dokumen
BACA: SPRM serbu rumah Musa Aman - Laporan
BACA: Musa Aman nafi intimidasi jenayah terhadap TYT Sabah
BACA: Musa Aman fail writ mohon pengisytiharan beliau Ketua Menteri Sabah yang sah
#Musa Aman #Sabah #Shafie Apdal #SPRM #tun juhar
;