Murid lemas cuba selamat sepupu di Pantai Desaru

Bernama
September 1, 2015 09:34 MYT
Bomba memberitahu mayat mangsa kemudiannya dijumpai terdampar di tepi pantai antara 10 hingga 20 meter dari lokasi kejadian. -Gambar hiasan
Seorang murid lelaki tahun enam lemas ketika cuba menyelamatkan sepupunya ketika mereka mandi di pantai Desaru, Kota Tinggi petang Isnin.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar, PBK II Abdul Rahim Abdul Rani berkata mangsa ialah Mohamad Jadid Sulman, 12, dari Kampung Majidee di sini yang cuba menyelamatkan Mohamad Shafiq Jasmawi, 12.
"Mangsa cuba menyelamatkan sepupunya (yang lemas) tetapi gagal. Sepupunya diselamatkan oleh nelayan berhampiran, manakala mangsa hilang dari pandangan," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata mayat mangsa kemudiannya dijumpai terdampar di tepi pantai antara 10 hingga 20 meter dari lokasi kejadian.
#bomba #lemas #murid lelaki #pantai desaru
;