Murid hendak ke sekolah maut dilanggar treler
Bernama
September 21, 2016 15:31 MYT
September 21, 2016 15:31 MYT
Seorang murid Tahun Empat Sekolah Kebangsaan Teluk Medan di sini menemui maut akibat dilanggar treler ketika dalam perjalanan ke sekolahnya pagi tadi.
Mohammad Haikal Helme, 10, meninggal di tempat kejadian akibat cedera parah dalam kejadian 7.20 pagi itu.
Ketua Polis Daerah Kerian, Supt Omar Bakhtiar Yaacob mangsa dirempuh treler yang membawa muatan ayam ketika dia melintas untuk memasuki pekarangan sekolahnya.
Bapanya Helme Ahmad, 53, berkata anaknya dihantar ke sekolah oleh ibunya.
Mayat Haikal dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Tinggi selepas solat Zohor.
Semalam seorang murid di Dungun turut dilanggar ketika sedang melintas jalan ke sekolahnya.