Murid di Pasir Gudang muntah, pengsan beberapa jam sekolah dibuka

Astro Awani
Jun 30, 2019 14:26 MYT
Pembukaan sesi persekolahan di Pasir Gudang hari ini gempar apabila beberapa pelajar mengadu rasa loya dan sesak nafas. -Gambar fail
Pembukaan sesi persekolahan di Pasir Gudang hari ini gempar apabila beberapa pelajar mengadu rasa loya dan sesak nafas.
Antara sekolah terlibat dalam kejadian pada hari pertama persekolahan itu ialah Sekolah Kebangsaan Pasir Putih, Sekolah Kebangsaan Kopok dan Sekolah Menengah Taman Nusa Damai dan SMK Tanjung Puteri Resort.
Tinjauan Astro AWANI di Sekolah Kebangsaan Kopok mendapati tidak kurang 20 pelajar dilaporkan dalam keadaan lemah setelah memulakan sesi pembelajaran pukul 7.15 minit pagi tadi.
Menurut pihak sekolah, pelajar mula mengadu sesak nafas dan loya pada pukul 8.30 pagi tadi.
Kesemua pelajar yang terjejas itu ditempatkan di bilik rawatan sementara sebelum dibawa ke klinik kesihatan berdekatan.
Pihak sekolah membenarkan ibu bapa mengambil anak-anak mereka bagi mengelakkan keadaan bertambah buruk.
#murid di pasir gudang #rasa loya #Sekolah Kebangsaan Kopok #Sekolah Kebangsaan Pasir Putih #Sekolah Menengah Taman Nusa Damai #sesak nafas
;