Mural papar potret pemimpin negara diconteng perkataan kesat
Afiezy Azaman
Julai 20, 2020 11:32 MYT
Julai 20, 2020 11:32 MYT
Mural gergasi yang memaparkan pemimpin negara termasuk potret Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12, Shah Alam telah diconteng oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Dalam satu ciapan Twitter pemilik akaun @MrJamesLabu, memaparkan video berdurasi 14 saat mengenai keadaan mural tersebut selepas diconteng dengan perkataan tidak senonoh.
Malah terdapat kata-kata kesat ditulis bersebelahan potret gambar Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Mural berkenaan telah dilukis oleh tiga pelukis muda iaitu Muhammad Suhaimi Ali, 27; Muhamad Firdaus Nordin, 26; dan Abdul Hadi Ramli, 27.
Malah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah pernah berkenan mencemar duli melawat mural gergasi berkenaan begitu juga dengan Dr. Noor Hisham.
Antara gambar pemimpin di mural gergasi itu termasuk Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri.
Difahamkan pihak polis telah tiba di lokasi kejadian untuk tujuan siasatan.
#Abdul Hadi Awang
#ismail sabri yaakob
#Muhyiddin Yassin
#mural gergasi
#Noor Hisham Abdullah
#shah alam
#Twitter
#video
#Yang di-Pertuan Agong