Mungkin di Thailand, usaha sedang dilakukan kesan wanita diculik - Polis Kelantan

Vivi Sumanti
September 16, 2022 12:08 MYT
Muhamad Zaki memaklumkan PDRM sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Thailand bagi menjejaki wanita berkenaan. - BERNAMA
KOTA BHARU: Pihak Polis Kelantan sedang berusaha menjejaki wanita yang dibawa lari oleh empat individu yang dipercayai berada di negara jiran.
Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun memaklumkan PDRM sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Thailand bagi menjejaki wanita berkenaan.
"Melalui kerjasama dan hubungan diplomatik yang baik, PDRM dan juga pihak berkuasa Thailand, usaha sedang dilakukan" katanya.
"Pada masa sama, orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang andaian yang boleh menjejaskan siasatan dan usahasama ini," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Semalam, Muhamad Zaki dalam satu sidang media di Ibupejabat Polis Kontinjen Kelantan memaklumkan, tiga individu termasuk suami mangsa sudah ditahan dan direman.
BACA: "Harap kakak selamat, hentikan sebarang spekulasi" - Adik wanita diculik
Mangsa Culik | Suami mangsa dipercayai ada kaitan sindiket dadah
Suami wanita berkenaan dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan sindiket yang dipercayai terlibat dalam kes berkenaan.
Mangsa yang juga ejen menjual kosmetik dibawa lari oleh empat individu menaiki sebuah kereta jenis Toyota Vios berwarna perak pada petang 13 September lepas dari rumah keluarganya di kampung Semat Jal, Palekbang, Tumpat.
Video Tular | Polis sahkan terima laporan dakwaan wanita diculik
Kumpulan berkenaan turut membawa senjata berbahaya dan mengugut ayah wanita berkenaan yang cuba menyelamatkannya.
Muhamad Zaki berkata kereta yang dinaiki suspek dan mangsa bagaimana pun dijumpai di satu pangkalan haram di Kuala Jambu pada petang hari kejadian.
#wanita diculik #Polis Kelantan #Thailand #Tumpat #ejen kosmetik
;